Lagi variasi pajeri…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Asian

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Pajeri Terung Organik

Lagi variasi pajeri…

BAHAN-BAHAN

  • 3 biji terung organik
  • 2 sudu besar rempah daging
  • 3 sudu besar kerisik
  • 2 sudu besar udang kering yang telah ditumbuk
  • 1 cawan santan pekat + 1/2 cawan air
  • 2 ulas bawang merah – dihiris (*)
  • 2 ulas bawang putih – dihiris (*)
  • 1 inci halia – dimayang (*)
  • 2 kuntum bunga lawang (*)
  • Sebatang kulit kayu manis (*)
  • 3 kuntum bunga cengkih (*)
  • 2 biji buah pelaga (*)
  • Minyak untuk menumis
  • 2 sudu besar gula pasir
CARA PENYEDIAAN
  • Terung organik yang saya gunakan. Beli kat Tesco, comel2 aje…
  • Kupas kulit terung , belah dua dan potong serong untuk setiap belah. Satu belah hanya dipotong 2 saja sebab terungnya comel2.
  • Campurkan serbuk kari, kerisik dan udang kering. Bancuh dengan sedikit air. Ketepikan dulu.
  • Inilah dia bahan2 untuk tumis – bahan yang bertanda **
  • Panaskan minyak dan tumis bahan2 tumis hingga kekuningan.
  • Masukkan rempah yang telah dibancuh dan masak hingga pecah minyak. Masukkan pula gula dan kacau lagi. Masa ni bau dia….satu taman tertanya2 dari mana datangnya…
  • Masukkan santan pekat yang telah dicampur dengan air. Kacau hingga mendidih. Masukkan garam dan perasa secukupnya.
  • Akhir sekali masukkan terung. Masak hingga terung lembut.
  • *** Anak2 sukakan kuahnya, gaul dengan nasi panas. Tu yang buat kuah lebih tu…

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN