Pai Tuna Dan Cendawan

Sesuai untuk semua majlis.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Pai Tuna Dan Cendawan

Sesuai untuk semua majlis.

BAHAN-BAHAN

  • Doh pai:
  • 260 g tepung halus (tepung gandum pun ok)
  • 100 g mentega, didadu dan sejukkan
  • 1 biji telur gred A, dipukul sedikit
  • 1/2 camca teh garam
  • 65 ml susu segar, disejukkan
  • Isi pai:
  • 1 tin ikan tuna (185 g), ditoskan
  • 5 biji cendawan butang dalam tin, dihiris halus
  • 1 biji bawang besar, cincang halus
  • 2 helai bay leaf
  • 100 ml susu segar
  • 1/2 camca teh serbuk cili (jika suka)
  • 1 camca besar mentega
  • Secubit garam
  • 1 kuning telur, untuk menggris tat
  • 2 ulas bawang putih, cincang halus
CARA PENYEDIAAN
  • DOH PAI:- Satukan tepung dengan garam. Masukkan mentega sejuk dan gaul ramas hingga adunan seakan serbuk roti. Masukkan telur dan terus menggaul hingga rata. Tuangkan susu sejuk sedikit demi sedikit sambil terus diadun hingga menjadi doh yang tidak melekat di magkuk adunan. Bungkus doh dan simpan dalam peti sejuk 20 minit. Jangan bimbang jika susu tidak habis digunakan.
  • ISI PAI:- Panaskan mentega dan tumis bawang besar, bawang putih dan cendawan hingga perang. Masukkan serbuk cili, bay leaf dan garam. Tuang isi ikan tuna dan gaul hingga sekata. Masukkan susu dan masak hingga hampir kering. Angkat dan sejukkan.
  • Keluarkan doh dari peti sejuk dan biarkan sebentar. Ambil kurang lebih sekepal doh (jangan terlalu besar) dan letak di antara 2 lapisan plastik. Canai doh setebal 3 mm dan alaskan doh tadi ke dalam acuan tat. Kemaskan dan potong lebihan doh.
  • Isikan tat tadi dengan ikan tuna. Biar penuh.
  • Canai doh lagi dan terap dengan acuan bulat kurang lebih berdiameter 7 cm, dan tutup tat tadi. Kemaskan tepinya dan tekan-tekan bahagian tepinya sedikit supaya lekat. Potong lebihan doh. Terap bentuk sekuntum bunga dan tepekkan di tengah-tengah tat tadi. Corak hiasan terpulang pada masing-masing.
  • Kemudian, cucuk beberapa lubang dgn menggunakan lidi sate. Tujuannya untuk melepaskan wap semasa proses pembakaran. Sapu dengan kuning telur dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 20 – 25 minit.
  • Untuk pengetahuan semua, untuk resepi ini, saya gunakan acuan tat berdiameter 6 cm dan 2 cm tinggi (seperti dalam gambar). Kepelbagaian bentuk dan ragam rupa terpulang pada semua.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago