Pai Kentang Mini

Resipi dari buku Chef Alan Ooi – ‘In the Mood for Pastries & Tarts’.. sedap..

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Pai Kentang Mini

Resipi dari buku Chef Alan Ooi – ‘In the Mood for Pastries & Tarts’.. sedap..

BAHAN-BAHAN

  • Short Crust Pastry:
  • 200 gm tepung gandum
  • 110 gm mentega
  • 2½ sudu besar air
  • Mushroom Chicken Filling:
  • 25 gm minyak masak
  • 100 gm bawang besar, cincang halus
  • *80 gm tomato, didadu kecil
  • *80 gm carrot, didadu kecil
  • *70 gm celery, didadu kecil
  • *½ tin cendawan, didadu kecil
  • 300 gm isi ayam, potong kecil
  • **1 sudu besar celery, dicincang
  • **½ sudu teh garam
  • **½ sudu teh serbuk lada sulah
  • Potato Topping:
  • 500 gm ubi kentang, dikupas dan rebus hingga empuk
  • 2 sudu besar mentega, suhu bilik
  • 2 sudu besar UHT whipping cream
  • 1 biji telur
  • ½ sudu teh garam
CARA PENYEDIAAN
  • Short Crust Pastry: Gaulkan tepung dan mentega hingga rata (crumbly). Masukkan air dan uli hingga menjadi doh. Leperkan doh, balut dengan plastik dan simpan di dalam peti sejuk selama 30 minit.
  • Canai doh setebal 3mm, potong dan letak dalam acuan. Cucuk-cucuk bahagian dasarnya dengan garfu/lidi untuk buat lubang udara (supaya pastri tidak gelembung semasa dibakar). Rehatkan selama 15 minit. Bakar dengan suhu 180°C selama 15-20 minit atau hingga berwarna kuning keemasan. Ketepikan.
  • Mushroom Chicken Filling: Panaskan minyak dan tumis bawang hingga wangi. Masukkan bahan bertanda *, gaul rata. Masukkan isi ayam, gaul rata hingga masak. Masukkan bahan bertanda **, gaul rata. Matikan api.
  • Potato Topping: Semasa ubi kentang masih panas, masukkan mentega, whipping cream, telur dan garam. Lecek hingga halus. Kemudian, masukkan ke dalam piping bag (guna nozel yang bersesuaian). Ketepikan.
  • Pai: Masukkan sedikit inti (mushroom chicken filling) ke dalam kulit pai dan paipkan potato topping di atasnya. Buat hingga habis.
  • Bakar dengan suhu 200°C (api atas) selama 15-20 minit atau sehingga berwarna perang keemasan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago