Pai Epal Goreng (Fried Apple Pie)

Apple pie cara mudah, boleh siap dalam tempoh sejam. Sesuai untuk orang bujang yang suka apple pie dari fast food restaurant, tapi bajet kurang mengizinkan untuk makan selalu. Buat sekali, boleh simpan beku untuk goreng lain kali.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Pai Epal Goreng (Fried Apple Pie)

Apple pie cara mudah, boleh siap dalam tempoh sejam. Sesuai untuk orang bujang yang suka apple pie dari fast food restaurant, tapi bajet kurang mengizinkan untuk makan selalu. Buat sekali, boleh simpan beku untuk goreng lain kali.

BAHAN-BAHAN

  • 1 biji epal hijau saiz besar (dikupas, dipotong dadu sebesar ibu jari)
  • 1 sudu gula
  • 1 sudu besar mentega
  • 3/4 cawan air
  • 1 sudu teh serbuk kayu manis (atau 1 inci kulit kayu manis)
  • 1 sudu teh jus perahan lemon (kalau suka masam)
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh garam halus
  • 2 sudu minyak masak
  • 1-2 cawan air (ikut kualiti tepung)
  • Minyak masak secukupnya untuk menggoreng
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan mentega dalam periuk dengan api perlahan. Masukkan gula dan kacau hingga gula hancur. Tuangkan air, besarkan sikit api ke tahap sederhana dan tunggu hingga air mendidih. Masukkan kayu manis dan biarkan lima minit. Kalau guna kulit kayu manis, keluarkan dari periuk bila bau kayu manis sampai ke tahap yang kita suka. Masukkan potongan-potongan epal, tunggu sampai lembut dan tambahkan jus lemon.
  • Biarkan sekejap lagi atas api, sampai jadi macam dalam gambar kat bawah ni.
  • Padamkan api, salinkan inti ke atas pinggan rata dan biarkan sejuk lebih kurang 20-30 minit. Tuang tepung ke dalam bekas adunan, gaulkan dengan garam halus hingga rata. Tambahkan dengan minyak masak, dan gaul lagi sampai semua minyak meresap rata dengan bancuhan tepung. Tuang air sedikit demi sedikit, sambil uli-uli adunan. Bila adunan rasa dah cukup air dan cukup rata, golek-golekkan dengan tepung gandum yang tak dibancuh, supaya tak melekit.
  • Bentukkan bola-bola, dan leperkan atas permukaan rata yang dah ditepungkan. Tebal yang kita nak lebih kurang sama dengan kulit karipap. Terapkan kepada bentuk empat segi ke, bulat ke, segitiga ke, itu ikut suka sendiri la. Letakkan inti yang dah sejuk ke atas kulit yang dah diterap. Katup keliling kulit dengan jari, lepas tu matikan dengan garpu. (Elakkan terlebih isi inti. Takut nanti bila digoreng kulitnya terbuka)
  • Langkah seterusnya ni, kalau goreng terus boleh, atau nak disimpan dalam pembeku dulu pun boleh juga. Bila menggoreng, gunakan minyak yang banyak untuk pastikan tahap garingnya seragam.
  • Dah siap digoreng, biarkan sekejap sampai suam sebelum dimakan. (Jangan dimakan masa panas-panas, sebab intinya banyak simpan haba. Tak pasal-pasal lecur lidah nanti.)

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago