Masakan Thai

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Asian

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Pad Thai

Masakan Thai

BAHAN-BAHAN

  • 1 bungkus mee Pad Thai (300 gram)
  • 1/2 biji bawang besar-mayang
  • 10 ekor udang sederhana besar
  • 2 sudu besar udang kering- ditumbuk
  • 2 sudu teh garam
  • 2 sudu teh kicap sotong
  • 1 sudu teh gula
  • 1 sudu teh asam jawa-bancuh dengan sedikit air
  • 4 biji cili
  • 1 biji telur
  • Bahan hiasan-pelengkap hidangan ini:
  • 1 cawan taugeh
  • 2 biji limau nipis
  • Sedikit daun bawang
  • 1 keping tauhu-potong kiub
  • 1/2 cawan kacang tanah-dipanggang dan cincang kasar
CARA PENYEDIAAN
  • Rendamkan mee pad thai didalam air panas kira-kira 20 minit atau sampai lembut.
  • Panaskan minyak cukup untuk menumis. Goreng tauhu hingga kekuningan dan angkat.
  • Kemudian dalam kuali tadi tumis bawang putih dan bawang merah hingga garing.Kemudian masukkan cili merah dan udang kering,kacau hingga garing.
  • Masukkan udang dan air asam jawa. Kemudian masukkan gula,garam dan kicap sotong.
  • Masukkan mee Pad Thai. Tambahkan air sebanyak lebih kurang 3-4 sudu besar supaya mee cepat masak.
  • Ketepikan mee dibahagian tepi kuali. Besarkan api, letakkan 1 sudu minyak dan pecahkan telur.Kacau hingga masak.Kemudian gaul bersama mee.
  • Hidangkan panas-panas bersama bahan hiasan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN