Resipi ibu tapi saya sudah olah sikit-sikit.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Orange Moist Butter Cake

Resipi ibu tapi saya sudah olah sikit-sikit.

BAHAN-BAHAN

  • 2 cawan mentega Buttercup
  • 1 3/4 cawan gula kastor
  • 3 1/2 cawan tepung gandum (diayak)
  • 4 biji telur ayam (saiz sederhana)
  • 1 camca teh serbuk penaik
  • 2 biji air perahan oren Sunkist
  • 1 biji kulit oren Sunkist (diparut atau cincang kecil-kecil)
  • 3 camca pati oren Sunquick (jika suka)
  • 1 camca mentega (menggris)
  • 1 camca teh ovallate (jika ada)
  • Sedikit pewarna kuning telur
CARA PENYEDIAAN
  • Pukul mentega dengan gula hingga kembang. Kemudian masukkan telur dan pukul hingga kembang.
  • Masukkan pati Sunquick, ovallate, pewarna dan air perahan Sunkist dan kacau lagi.
  • Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit yang diayak bersama serbuk penaik, gaul hingga sebati.
  • Akhir sekali masukkan kulit oren dan kacau. Kemudian masukkan ke dalam bekas yang digris dan bakar hingga masak (biasanya saya cucuk dengan lidi, kalau tak melekat tu kira dah masak tu).

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN