?Opor Sotong™

Resipi harian keluarga…sedap disajikan dengan nasi juga ketupat dan nasi himpit..

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

?Opor Sotong™

Resipi harian keluarga…sedap disajikan dengan nasi juga ketupat dan nasi himpit..

BAHAN-BAHAN

  • 1 kilo sotong – dibersihkan dan buang dakwat hitam
  • 10 tangkai cili kering*
  • 1 biji bawang besar*
  • 4 ulas bawang putih*
  • 1 hiris halia*, 1/2 ibu jari kunyit hidup*
  • 2 batang serai*,1 hiris lengkuas*
  • 2 sb rempah kari daging
  • 1 sb rempah kari ikan
  • 2 helai daun limau purut,1 keping asam gelugur yang kecil
  • 1/2 cawan santan pekat (lebihkan jika suka lebih berlemak)
  • 2-3 sb kerisik
  • garam dan gula secukup rasa
  • BAHAN2 TUMIS :-
  • 2 batang serai dititik,1 biji bawang besar dihiris bulat,1 jari kayu manis,cengkih,pelaga dan bunga lawang
  • secukup minyak masak – untuk menumis
CARA PENYEDIAAN
  • Kisar bahan2 bertanda* dengan sedikit air hingga halus.Campurkan bahan kisar dgn rempah kari daging dan ikan.Gaul rata dan ketepikan.
  • Panaskan secukup minyak masak di dalam periuk dan tumis BAHAN2 TUMIS hingga wangi dan masukkan bahan kisar dan tumis lagi hingga garing.Masukkan santan,kerisik,daun limau,asam gelugur,garam dan gula secukup rasa.Tambah sedikit air jika perlu dan masak hingga terbit minyak dan pekat.
  • Masukkan sotong dan gaul sebati,tutup periuk dan kecilkan api dan masak sebentar hingga kelihatan sotong dah mengeliat :) dan matikan api.
  • Opor sotong sedap dimasak pekat…sekiranya sotong dh masak tapi kuah terlalu cair(kerana sotong mengeluarkan air yg banyak bila dimasak),keluarkan sotong dan masak kuah hingga pekat kemudian siram ke atas sotong dan sajikan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago