Opor ketam

Resipi dari himpunan hidangan Aidilfitri majalah jelita tahun 2004…Bila dicuba…sedap dan teringin share kat sini….

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Opor ketam

Resipi dari himpunan hidangan Aidilfitri majalah jelita tahun 2004…Bila dicuba…sedap dan teringin share kat sini….

BAHAN-BAHAN

  • *6 ulas bawang merah
  • *2 ulas bawang putih
  • *1 batang serai
  • *2 cm lengkuas
  • *3 biji buah keras
  • *1 sb serbuk ketumbar
  • *1/2 sb serbuk jintan manis
  • *1/2 sb serbuk lada sulah[kesemua bahan * dikisar/blend halus]
  • —————————————
  • 2~3 ekor ketam (dibersih dan dibelah 2~ikut citarasa)
  • **1 sk serbuk cili (boleh lebihkan jika mahu sedikit pedas)
  • **1/2 sk serbuk kunyit
  • **secubit garam
  • 500ml santan dari sebiji kelapa
  • 1 keping asam gelugur
  • 1 biji tomato (dipotong 4)
  • 3 biji cili merah dipotong memanjang tanpa putus (optional)
CARA PENYEDIAAN
  • Perap ketam dengan bahan2 (**) lebih kurang 30 min.Kemudian digoreng terendam sehingga ketam masak.Ketepikan.
  • Tumis bahan2 kisar (*) sehingga terbit bau.
  • Tuangkan santan dan dikacau sekali sekala sehingga mendidih dan pekat..
  • Masukkan ketam, asam gelugur, tomato dan cili potong.Kacau seketika lebih kurang 2~3 minit.Angkat dan sedia dihidang
  • Sesuai dihidangkan dengan nasi putih.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago