Roti bawang besar. Non butter, non oil. Sesuai untuk sesape nak diet.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Onion Bread

Roti bawang besar. Non butter, non oil. Sesuai untuk sesape nak diet.

BAHAN-BAHAN

  • * Bahan A *
  • 125g tepung roti
  • 2 sudu kecil yis kering
  • 2 1/2 sudu besar gula
  • 100ml air suam (40C)
  • * Bahan B *
  • 125g tepung roti
  • 1/2 sudu kecil garam
  • *******************************
  • 150g bawang besar – dicincang
  • 1 sudu kecil keju parmesan
  • Telur untuk sapu
CARA PENYEDIAAN
  • Masukkan bawang besar ke dalam mangkuk. Tanpa ditutup, masukkan ke dalam microwave. Panaskan/masakkan selama 4 minit.
  • Untuk membuat roti pula, masukkan semua bahan A ke dalam mangkuk. Kacau biar sebati.
  • Kemudian masukkan pula bahan B. Kacau biar rata.
  • Keluarkan adunan dari mangkuk dan letakkan ke atas papan canai. Uli selama lebih kurang 10 – 15 minit.
  • Masukkan semula adunan ke dalam mangkuk. Penaik sehingga 2 kali ganda – lebih kurang 20 minit. Kemudian buat ‘finger test’ – tekan dengan hujung jari pada adunan. Kalau berbekas (jadi lubang) maksudnya roti dah naik.
  • ***Bagi yang ada breadmaker boleh masukkan semua bahan-bahan di atas kecuali bawang dan keju. ON kan. Ikut arahan breadmaker.
  • Bila dah siap/dah naik. Tumbuk adunan untuk keluarkan angin. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Buatkan bentuk bulat. Tutup dengan kain lembap. Rehatkan selama 10 minit.
  • Canaikan biar jadi 20 x 25 cm. Masukkan bawang dan juga keju. Kemudian gulung.
  • Belah 2 roti tadi dengan meninggalkan 2cm pada hujungnya. Kemudian buat bentuk silang seperti dalam gambar.
  • Penaikkan untuk kali kedua selama 20 minit atau 2 kali ganda.
  • Sapukan dengan telur.
  • Bakar dengan oven selama 15 minit pada suhu 180C.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN