Ompok tulang ayam

ini resepi ikut kak jue hussin punya ompok ikan…..hamba ubahsuai dan panambahan serba sedikit …..saja try ompokkan ayam….sedap la pulak…..

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ompok tulang ayam

ini resepi ikut kak jue hussin punya ompok ikan…..hamba ubahsuai dan panambahan serba sedikit …..saja try ompokkan ayam….sedap la pulak…..

BAHAN-BAHAN

  • 1 kilo kepak, kaki, tengkok dan tulang kerangka ayam.(campur2)
  • 2 biji bawang besar, 1 inci halia, 4 biji bawang putih.(ditumbuk)
  • 3 batang serai, 3 helai daun kunyit.
  • 4 sudu chili giling.(pilihan, jika ingin pedas)
  • 2 biji limau nipis.
  • 1 sudu serbuk kunyit
  • 4 biji ubi kentang.(pilihan)
  • Garam. (Gula dan serbuk perasa-pilihan)
  • Air.
CARA PENYEDIAAN
  • Tumis bawang, halia dengan sedikit minyak dalam periuk dan kemudian masukan cili giling.(ikut cara ompok ikan kak jun-tak perlu tumis, pun bolih)
  • Masukan serai yang telah diketuk, daun kunyit, tulang temulang ayam, air sama paras dengan ayam dan serbuk kunyit.
  • Perah asam limau nipis kedalam dan masak dengan api sederhana sehingga ayam menjadi lembut atau mengikut kesukaan anda.
  • Lebih baik jika ia sudah menggelegak kecilkan api dan tutup periuk. Bagi tulang2 tu jadi super lembut(bagi yang suka), rasa garamnya dan tambah gula atau serbuk perasa jika suka.
  • Las sekali masukan ubi kentang jika suka sehingga masak.
  • Soklan:mengapa tulang ayam? Mengapa tidak? Isi ayam pun bolih cuma tak sesuai kalau di masak lama2 kerana ia akan hancur. Ompok2 nih perlu masak lama2 baru bes macam resepi ompok ikan kak jun.
  • Rasanya seperti anda makan tom yam yang pedas, berbau macam rendang, sedikit kombinasi asam pedas dan sambal tumis, rupa macam kari…tapi yang paling bes bila meratah tulang2 tuh (bagi yang suka) sehingga bolih kunyah2 sebab lembut. Sila2 try..asasnya dari ompok ikan kak jun hussin..tepokan gemuroh untuk beliau……..pok pok pok…

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    3 years ago

    Acar Sengkuang

    3 years ago

    Lemang Jagung

    3 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    3 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    3 years ago