Dari dapur peranakan Cina selat.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Nyonya Laksa

Dari dapur peranakan Cina selat.

BAHAN-BAHAN

  • 1 bungkus laksa kering, rebus hingga lembut, toskan dan gaul dengan sedikit minyak makan
  • 1 biji timun, diracik halus
  • Segenggam daun kesum, dimayang
  • 10 biji limau kasturi, dibelah dua
  • 5 biji cili merah ditumbuk dengan 1 inci belacan bakar hingga lumat
  • Isi kerang dan udang rebus serta tauge secukupnya
  • Bahan Kuah:
  • 300 ml pati santan
  • 1 liter santan cair (perahan kedua)
  • 5 biji buah keras*
  • 5 batang serai*
  • 2 inci lengkuas*
  • 1 inci kunyit hidup*
  • 15 ulas bawang merah kecil*
  • 3 biji bawang putih*
  • 1 inci belacan, dibakar*
  • 12 tangkai cili kering, potong dan celur dengan air panas, toskan*
  • 1/2 camca teh lada sulah*
  • 1 camca besar serbuk ketumbar*
  • 50 g udang kering, rendam 10 minit dan toskan*(*dikisar halus)
  • Segenggam daun kesum
  • 3 kuntum bunga kantan, dibelah dua
  • 3 ekor ikan kembung besar, kukus dan ambil isinya, hancurkan
  • 10 biji tauhu “pok”, dipotong dua
  • 2 keping kek ikan, dihiris nipis
  • 3 keping asam gelugor
  • Garam dan gula secukupnya
CARA PENYEDIAAN
  • Dalam periuk, panaskan 1/2 cawan minyak, tumis bahan-bahan kisar hingga wangi. Masukkan santan cair dan biarkan mendidih.
  • Bila mendidih, masukkan isi ikan, daun kesum, bunga kantan, asam gelugor, kek ikan dan tauhu pok. Biarkan mereneh kurang lebih 20 minit. Masukkan pati santan dan perasakan dengan garam dan gula. Biarkan mereneh pada api perlahan untuk 10 minit lagi, sambil dikacau selalu. Matikan api.
  • Cara menghidang:- Dalam mangkuk, bubuh laksa, diikuti tauge dan timun, curah kuah, bubuh bahan sampingan lain seperti sambal belacan, limau, udang/kerang dan taburkan dengan hirisan daun kesum.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN