?Nasi Tomato Goreng™

Sesuai buat sarapan dan dimakan begitu saja atau dimasak untuk majlis keramaian dan dimakan bersama lauk-pauk yang sesuai…rasa seakan2 nasi tomato yang ditanak… :)

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

?Nasi Tomato Goreng™

Sesuai buat sarapan dan dimakan begitu saja atau dimasak untuk majlis keramaian dan dimakan bersama lauk-pauk yang sesuai…rasa seakan2 nasi tomato yang ditanak… :)

BAHAN-BAHAN

  • 250g/1 pot beras basmathi/biasa* – bersihkan
  • secukup air untuk masak nasi*
  • 1 helai daun pandan* (* masak seperti biasa)
  • 2 biji tomato – dadu kecil
  • 2-3 sb susu cair/air ( lebihkan jika perlu )
  • 1 kiub perasa ayam/daging – hancurkan
  • 3 lembar daun ketumbar-dihiris
  • 3 lembar daun pudina- dipetik
  • 1 cawan bawang goreng
  • Bahan Tumis :-
  • 4 ulas bawang putih – ditumbuk
  • 2 hiris halia – ditumbuk
  • 1 sk campuran jintan halus dan kasar
  • sedikit kayu manis,pelaga,cengkih
  • 1 batang serai – dititik
  • 1 helai daun salam
  • 1 biji bawang besar – didadu kecil
  • 2 batang lada hijau – dihiris
  • 3 sk cili serbuk/kisar
  • 3 sb tomato puri
  • 1 sk kunyit serbuk
  • secukup campuran minyak sapi dan minyak masak – untuk menumis
  • garam secukup rasa
  • 1 cawan sayur campur – jika suka
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan minyak sapi dan minyak masak dan masukkan bahan tumis ikut urutan hingga wangi dan masukkan tomato,susu cair/air,kuib ayam /daging dan masak hingga rata.Tambah susu/air jika perlu dan masukkan secukup garam.
  • Masukkan nasi putih,sayur campur(jika suka)1/2 bahagian daun2 dan 1/2 bawang goreng dan gaul hingga sebati.
  • Semasa menghidang,taburkan dengan lebihan daun ketumbar dan daun pudina juga bawang goreng.
  • ***Jika nasi goreng tomato ingin dimakan begitu saja boleh tambahkan sedikit isi ayam atau udang dan campurkan ketika menumis bahan2.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago