Nasi Ngundi/Mundi

Hidangan khas untuk wanita, isteri & ibu sahaja; nasi yang berkhasiat dan lazat.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Nasi Ngundi/Mundi

Hidangan khas untuk wanita, isteri & ibu sahaja; nasi yang berkhasiat dan lazat.

BAHAN-BAHAN

  • 2 cawan beras
  • 3-4 cawan santan ½ biji kelapa (ikut pada jenis beras yang digunakan)
  • Bahan-bahan hiris (tebal sedikit):
  • 2 ulas bawang merah (kecil)
  • 1.5 – 2 inci halia
  • Bahan-bahan tumbuk (perlu tapis dahulu sebelum campur dengan beras):
  • 5-8 batang pucuk daun ngundi/mundi
  • 2-4 batang pucuk inai
  • Bahan-bahan tumbuk (kasar sedikit, campur terus dalam beras):
  • ½ sudu kecil jintan manis
  • ½ sudu kecil jintan putih
  • Sedikit lada hitam
  • Garam secukupnya
CARA PENYEDIAAN
  • Pada yang kurang pasti, ni rupa daun ngundi/mundi, pucuknya yang lembut boleh dibuat ulam.
  • Cuci beras bersih dan letak dalam periuk (ni cara masak tanak atas api). Masukkan bahan hiris dan lada hitam ke dalam periuk tu.
  • Rendam sekejap jintan manis dan putih dalam air kemudian toskan. Dengan menggunakan lesung batu, tumbuk sedikit jintan ni, kasar je, tak perlu betul-betul halus sangat. Kemudian masukkan ke dalam periuk berisi beras & bahan hiris tadi.
  • Kemudian tumbuk pula daun ngundi & daun inai, juga jangan terlalu hancur sangat. Dalam satu bekas lain, campurkan santan, air, dan bahan tumbuk daun ngundi & inai tadi; dan kacau-kacau.
  • Kemudian tapiskan campuran santan ini ke dalam periuk beras tadi. Masukkan garam, kacau sedikit beras dan tanakkan hingga masak.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago