Nasi Minyak Pancawarna

Nama lain, nasi minyak hujan panas. Guna beras biasa. Nampak bahan banyak tapi amat mudah menyediakannya. Sedap dimakan dengan masak merah ayam, jelatah dan/atau goreng kunyit sotong.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Nasi Minyak Pancawarna

Nama lain, nasi minyak hujan panas. Guna beras biasa. Nampak bahan banyak tapi amat mudah menyediakannya. Sedap dimakan dengan masak merah ayam, jelatah dan/atau goreng kunyit sotong.

BAHAN-BAHAN

  • 4 cawan beras (cuci bersih & toskan)
  • 2 sudu besar minyak sapi (ghee)
  • 1 sudu besar mentega/marjerin
  • 1 helai daun pandan (simpulkan)
  • 1 batang serai (dititik)
  • Bahan A:
  • 900ml air + 1 kiub stok ayam
  • 200ml susu cair
  • 1 biji tomato (potong kiub)
  • Bahan B (Kisar Halus):
  • 3 ulas bawang merah (kecil)
  • 2 ulas bawang putih
  • 1.5 sm halia
  • Bahan C (Tumis):
  • 3-4 kuntum bunga cengkih
  • 2-3 kuntum bunga lawang
  • 1 (4-6 sm panjang) kulit kayu manis
  • 2-3 biji buah pelaga
  • Bahan Lain:
  • Perwarna merah, kuning dan hijau (warna lain pun boleh)
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan kuali bersama minyak sapi & marjerin. Bila sudah panas, masukkan kesemua bahan C.
  • Tumis sekejap sebelum memasukkan bahan B. Tumis hingga layu sahaja dan kemudian masukkan beras, daun pandan & serai. Kecilkan api dan kacau sedikit dan biar dahulu.
  • Sementara itu, kacau rata bahan A dalam periuk nasi dan hidupkan suis. Teruskan kacau-kacau beras dalam kuali tadi dalam 20-30 saat lagi sebelum dituang masuk ke dalam periuk berisi campuran susu & air itu. Kacau sebati dan biarkan ia ditanak.
  • Bila hampir kering air didihan nasi, buka penutup periuk nasi dan titikkan ketiga-tiga warna di tiga tempat berasingan. Selepas itu jangan kacau/karih nasi, biar ia betul-betul masak. Bila sudah betul-betul masak, baru kacau/karih/gemburkan nasi supaya warna tadi berserakan. Angkat dan letak dalam bekas.
  • Nota: Jika suka kismis, masakkan sekali bersama beras, atau sebagai hiasan pun boleh (bersama bawang goreng).

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago