?Nasi Kuning Aroma™

Sesuai untuk majlis perkahwinan atau majlis kenduri kecil2an atau hidangan hujung minggu.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

?Nasi Kuning Aroma™

Sesuai untuk majlis perkahwinan atau majlis kenduri kecil2an atau hidangan hujung minggu.

BAHAN-BAHAN

  • 1 kilo beras basmathi – cuci,rendam 15 min dan toskan
  • 1.5 ltr santan – drpd 1 1/2 biji kelapa
  • 4 batang serai – dititik
  • 3 helai daun pandan – disimpul
  • 5 helai daun salam
  • 5 helai daun limau purut
  • 1/2 jari halia – diketuk
  • 1 1/2 sb jus limau kasturi/lemon/nipis
  • 1 sb garam
  • 2 ibu jari kunyit hidup ditumbuk dan diambil airnya atau 2 sk kunyit serbuk
CARA PENYEDIAAN
  • Didalam sebuah periuk,masukkan santan dan kesemua bahan2 kecuali beras dan masak hingga mendidih.
  • Masukkan beras dan kacau rata dan masak hingga kering seperti nasi biasa.
  • **Jika menggunakan beras biasa,kesemua bahan2 disatukan dalam periuk dan dimasak seperti memasak nasi lemak.Sekiranya tk ingin nasi berkerak,apabila nasi kering bolehlah dialihkan dlm pengukus dan kukus hingga masak.
  • **Untuk menambahkan seri pada nasi kuning aroma ini boleh juga dimasukkan lobak merah yg didadu dan kacang peas ketika nasi hampir kering,ikut selera masing2.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago