masakan kelantan. dpt dr buku ANEKA MASAKAN KELANTAN BY ALAF 21…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Asian

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Nasi Kerabu

masakan kelantan. dpt dr buku ANEKA MASAKAN KELANTAN BY ALAF 21…

BAHAN-BAHAN

  • BAHAN TUMIS KERABU
  • 6 ulas bawang merah (dikisar)
  • 1 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1 inci halia (ditumbuk)
  • 3 sudu mkn cili kisar
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 2 keping asam
  • 250ml santan
  • garam & gula secukupnya
  • Minyak Masak untuk menumis
  • BAHAN SAMBAL KELAPA
  • 1 biji kelapa parut (putih) – digoreng & ditumbuk sedikit
  • 3/4 ekor ikan kembong – direbus & ambil isinya
  • 1/2 inci halia
  • 3 ulas bawang merah
  • 3 batang serai
  • sedikit garam, gula & lada hitam
  • BAHAN BUDU DISATUKAN
  • 6 sudu makan budu
  • 5 biji cili padi
  • sehiris limau nipis
  • BAHAN ULAMAN
  • tauge, daun kesum, bunga kantan, timun & kacang pjg (semua dihiris)
CARA PENYEDIAAN
  • Masak nasi putih seperti biasa
  • CARA TUMIS KERABU : Panaskan minyak. Tumis bawang putih & halia. Masukan bawang merah, cili kisar & serai. Tumis hingga garing. Masukan santan & asam keping. Kacau selalu hingga mendidih. Letak garam & gula. Kacau rata & tutupkan api.
  • CARA SAMBAL KELAPA : tumbuk bawang merah, halia, lada hitam, serai, gula & garam sehingga lumut. Masukan ikan & tumbuk kasar. Kemudian masukan kelapa & digaul rata.
  • NOTE: bole gak gantikn nasi tu pd nasi kuning. bahan 4 pot beras, 2 inci kunyit, serai, daun pandan. cara2-masak air dg kunyit hingga mendidih. masukan bhn ke dlm periuk & masak.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN