Masa masak 30 minit shj. Masakan ni sy belajar dari kakak sy yang pernah menetap di timur tengah dulu. Nasi ni sedap dihidangkan dgn shirazi salad dan bila ada kesempatan sy kongsikan resepi shirazi salad pula ya :) Sesuai dihidangkan untuk makan tengahari bersama aneka lauk pauk
Basuh beras seperti biasa sehingga bersih dan buang airnya.
Diatas dapur, masukkan air sehingga setengah periuk dan masukkan 3 sudu teh garam
Masukkan setengah cawan olive oil atau setengah buku butter kedalam periuk yg berisi air dan kacau.
Tutup periuk dan biarkan air mendidih.
Sementara tunggu air mendidih, potong kentang setebal 3 inci dan letak dalam bekas yg ada air kalau tak nnt kentang jd kuning
Periksa periuk dan bila mendidih kacau air tersebut supaya sebati dengan olive oil dan garam
Masukkan beras yg telah dibasuh tadi kedalam periuk yg mendidih
Tutup periuk dan biarkan seketika, sekitar 5 ke 10 minit.
Sementara tunggu nasi, sediakan didalam sink, periuk dan penapis untuk tapis nasi. Sy punya penapis berlubang besar jadi sy letakkan wax paper supaya nasi tak terkeluar.
Periksa nasi tadi, untuk tahu samaada nasi sudah sedia untuk ditapis, ambil sebutir nasi dan belah dua, tengok ditengah2 jika ada titik putih maknanya nasi tu dah boleh ditapis dan ditoskan
Toskan nasi didalam penapis dan biarkan. Tak perlu dicuci.
Diatas dapur, gunakan periuk tadi dan masukkan lebih kurang 4 sudu makan olive oil. Anggaran 1 pot 1 sudu besar olive oil
Masukkan sedikit air lebih kurang setengah cawan air
Masukkan pula setengah sudu besar serbuk kunyit ataupun 4 sudu teh serbuk kunyit dan kacau rata
Kemudian ambil kentang dan susun didalam periuk sehingga penuh
Masukkan nasi yang ditoskan tadi kedalam periuk dan buat lubang2 untuk nasi masak secara menyeluruh dan lembut.
Tutup periuk tadi dengan kain. Biarkan diatas periuk sekitar 5 ke 10 minit bergantung kepada jumlah nasi yg dimasak. Pastikan api dibuka kecil shj.
CARA MENGHIDANG :
Gunakan kain atau sarung tangan, letak pinggan nasi diatas periuk tadi
Sama seperti kek, terbalikkan periuk nasi tadi supaya nasi jatuh kedalam pinggan
Hasilnya, kentang yang rangup dan lembut akan kelihatan diatas, nasi kelihatan sedikit keras dibahagian atas dan berkerak warna “golden” maknanya nasi iran tadhig kentang anda telah menjadi dan siap untuk dimakan! selamat mencuba! :)
**tips : kalau kentang melekat takpe, cungkil kentang hati2 supaya tak pecah. susun atas nasi lepastu kerak2 nasi tu korek dan tabur atas nasi :)