ILHAM RASA PENUH KASIH SAYANG BUAT HIDANGAN KELUARGA TERSAYANG DIPAGI RAYA..(kalau bukan musim raya pun boleh, breaklunch amat sesuai u)

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Asian

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Nasi Impit Kuah Kacang Berlauk

ILHAM RASA PENUH KASIH SAYANG BUAT HIDANGAN KELUARGA TERSAYANG DIPAGI RAYA..(kalau bukan musim raya pun boleh, breaklunch amat sesuai u)

BAHAN-BAHAN

  • bungkus Nasi Impit Nona/Adabi
  • 1 Paket kacang Tanah- goreng tanpa minyak
  • 1/2 mangkuk daging yang telah dipotong dadu
  • 5 ulas Bawang Merah*
  • 2 ulas Bawang Putih *
  • 2 S/b Cili Giling* ( ikut suka nak pedas tambah sukatan dia yer)
  • 1 keping Gula kabung / Gula Nisan
  • 1 inci Belacan*
  • 1 btg Serai- dititik
  • 1 inci halia*
  • 1/2 cawan minyak masak untuk menumis
  • Garam (secukup rasa)
  • 1/2 cawan air Asam jawa
  • 2 s/b udang kering- direndam *
  • (Bahan2 yang bertanda *
    hendaklah di kisar sekali untuk dijadikan pes)
CARA PENYEDIAAN
  • Rebus nasi impit sehingga beras menjadi masak dan empuk & pejal, kemudian tapis dan masukkan dalam penapis.
  • Panaskan kuali dengan minyak, dan masukkan bhn2 kisar tadi kedalam kuali dan tumis bahan2 tadi sehingga wangi dan terbik minyak…kemudian masukkan hirisan daging tadi,masukkan air sedikit dan masak daging shgg empuk. Kemudian masukkan serai yg telah dititik tadi, kacau sebati.
  • Kemudian masukkan kacang tanah yang telah ditumbuk sedikit kasar , kemudian gaulkan sehingga sebati.. tumis bahan2 tadi sehingga betul2 sebati dan terbit minyak. Last sekali bolehlah di masukkan bahan perasa secukupnya.. rasa manis, masin,masamnya… kalau ok kira korang dah paslah tu…hehe…
  • CADANGAN HIDANGAN:
    Bolehlah dihidangakn bersama2 dgn nasi impit yang telah dipotong cube..curahkan kuah kacang berlauk tadi keatasnya… emmm liena pasti sekali korang makan pasti nak tambah lagi…

    SELAMAT MENCUBA..

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN