Nasi Goreng Azra Hadel

Nasi putih lebihan bersahur dijadikan nasi goreng buat anak2 yg masih belum berpuasa.. Idea sendiri…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Nasi Goreng Azra Hadel

Nasi putih lebihan bersahur dijadikan nasi goreng buat anak2 yg masih belum berpuasa.. Idea sendiri…

BAHAN-BAHAN

  • Nasi putih (agak2 utk 3 orng makan).. ~ nak lebih pun boleh, bak kata Chef Ammar Ali, suka2 hati (^_*)
  • Sedikit minyak (untuk menumis)
  • Sedikit marjerin (untuk menggoreng isi ketam/ crab filament stick dan cendawan tiram)
  • Isi ketam / Crab Filament Stick
  • 1 biji telur ayam
  • 1 peket perencah Nasi Goreng Hailam ADABI
  • 1 atau 2 sdm Sos Ikan
  • 3 ulas bawang putih (suka2 hati nak potong mcmana)
  • 100 gm brokoli
  • 1/2 peket cendawan tiram
  • 2 helai daun bawang (potong memanjang)
  • 1 biji cili besar (potong nipis)
  • Sedikit bawang goreng dan daun ketumbar untuk hiasan
CARA PENYEDIAAN
  • Dengan menggunakan marjerin, goreng isi ketam sehingga agak garing. Alihkan dari kuali. ~ Jgn garing sangat, nanti rangup, kurang enak semasa dimakan.
  • Basuh cendawan tiram dan goreng sehingga kekuningan. Pastikan cendawan tiram tidak berair semasa digoreng.
  • Setelah alihkan cendawan tiram, tumis bawang putih. Masukkan nasi putih yang sudah digaul sebati bersama perencah nasi goreng hailam ADABI. Kacau rata. Masukkan sos ikan dan kacau hingga sebati.
  • Buat satu lubang berbentuk bulatan di tengah2 nasi, dan pecahkan telur ayam. Biarkan seketika (agak masak), kemudian gaulkan sebati dengan nasi.
  • Sambil menunggu nasi masak, didihkan air, kemudian masukkan brokoli, daun bawang dan cili besar lebih kurang 2 minit. Tutup api, keluarkan bahan2 tersebut dan rendam di dalam air ais (Untuk memastikan bahan2 tersebut kekal segar dan rangup).
  • Setelah nasi goreng siap, bolehlah dihidang bersama2 dengan bahan2 yg direneh tadi serta dihias bersama bawang goreng dan daun ketumbar. Masak dari hati. masak dengan IMAN. Selamat Mencuba!

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    5 years ago

    Acar Sengkuang

    6 years ago

    Lemang Jagung

    6 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    6 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    6 years ago