Nasi Daun Anggur (Dawaly)

Masakan Arab, masa buat sejam sahaja, resepi daripada kawan Arab

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Nasi Daun Anggur (Dawaly)

Masakan Arab, masa buat sejam sahaja, resepi daripada kawan Arab

BAHAN-BAHAN

  • 500g daun anggur segar/frozen
  • 2 cawan beras dibasuh
  • 1 cawan daun sup dicincang
  • 1/2 cawan daun pudina dicincang
  • 1/2 cawan daun bawang dicincang
  • 4 biji tomato dipotong empat
  • 2 biji bawang besar dipotong
  • 1/2 cawan minyak zaitun
  • 3/4 cawan perahan lemon
  • 2 biji kentang dipotong dadu besar
  • 4-5 ketul ayam
  • sedikit garam & lada sulah
CARA PENYEDIAAN
  • Celup daun anggur ke dalam air panas supaya ianya lembut untuk senang digulung.
  • Gaulkan beras yang telah dibasuh dengan perahan lemon, garam, lada sulah & minyak zaitun
  • Letak beras tadi di tengah daun anggur dan lipat kedua-dua sisi. Barulah lipat bahagian belakang daun dan gulung sehingga ke hujung
  • Susun tomato, kentang & ayam di dalam periuk dan barulah letak gulungan beras tadi. Masukkan semua bahan dipotong yang lain kemudian masukkan air sama paras dengan bahan dalam periuk
  • Tindih bahan-bahan dengan pinggan supaya tidak terapung & supaya gulungan tidak terbuka
  • Masak dengan api perlahan selama sejam. Periuk tekanan adalah disarankan. Hidang apabila sejuk.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago