Nasi Dagang Ubai

Resepi Daripada kawan di Pahang

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Nasi Dagang Ubai

Resepi Daripada kawan di Pahang

BAHAN-BAHAN

  • Bahan-bahan:

    5 cawan beras nasi dagang ATAU (3 cawan beras pulut + 2 cawan beras biasa)

    2 cawan santan pekat

    4 cawan santan cair

    2 sudu besar halba

    10 ulas bawang merah kecil, mayang halus

    6 ulas bawang putih, mayang halus

    1½ inci halia, dihiris h

  • Gulai ikan tongkol (atau ayam) untuk nasi dagang

    Bahan A
    Dua ekor ikan tongkol sederhana besar
    5 keping asam gelugor
    2 inci halia, ditumbuk kasar
    3 ulas bawang merah kecil, ditumbuk kasar
    3 ulas bawang putih, ditumbuk kasar
    Sesudu makan garam dan sesudu

  • Sambal kelapa untuk Nasi Dagang

    Bahan-bahan:
    Kelapa parut (sebiji), disangrai sehingga perang
    4 sudu makan gula kabung (manisan)
    Sekeping ikan tongkol rebus, asingkan isinya sahaja

CARA PENYEDIAAN
  • Cara memasak Nasi Dagang:
    – Didihkan air didalam periuk kukusan
    – Gaul beras dan santan cair dengan sedikit gula dan garam
    – Alaskan kukusan dengan kain kapas yang bersih (seelok-eloknya dua inci melebihi paras bekas pengukus
    – Masukkan beras yang sudah bersantan kedalam pengukus dan kukus sehingga beras masak
    – Keluarkan beras yang sudah masak, masukkan ke dalam sebuah mangkuk besar
    – Semasa masih panas panas, gaul rata-rata dengan santan pekat (masuk sedikit-sedikit), bawang merah, bawang putih, halia dan halba. Sesuaikan gula dan garamnya.
    – Hidang panas-panas bersama kuah dan sambal kelapa.
  • Cara memasak Gulai Ikan Tongkol/Ayam untuk Nasi Dagang:

    – Rebus bahan A sehingga masak, dan renihkan selama setengah jam, kemudian ambil ikan sahaja dan ketepikan.
    -Pijarkan minyak di dalam periuk
    – Tumiskan bawang, bawang putih dan halia, sehingga naik bau
    – Masukkan rempah kari dan cili boh (jika guna) dan goreng sehingga keluar minyak
    – Masukkan santan cair yang telah dicampur dengan asam jawa dan ikan (ketepikan sekeping untuk sambal kelapa). Biarkan mendidih
    – Masukkan santan pekat dan asam gelugor
    – Bila mendidih masukkan gula merah
    – Masukkan garam dan sesuaikan rasanya (kalau sudah masam, keluarkan asam gelugor)
    – Biarkan renih selama 15 minit sebelum dihidangkan bersama nasi dagang.

  • Cara memasak Sambal Kelapa:
    – Tumbuk semua bahan-bahan sedikit demi sedikit. Pastikan kelapa tidak pecah minyaknya.
    – Kalau tidak suka terlalu manis boleh kurangkan gulanya. Hidangkan nasi dagang dengan gulai ikan tongkol dan sambal kelapa.
    – Boleh juga dimakan dengan sambal tumis dan acar timun.
    -Siap untuk di hidang….Nasi Dagang Ala …Nasi Dagang Ubai

    Resepi dari Blog Saya: www.iresepi.blogspot.com

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago