My umi’s recipe ^^

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

^ Nasi Dagang Terengganu

My umi’s recipe ^^

BAHAN-BAHAN

  • NASI:
  • 2 pot beras siam + setengah pot beras pulut direndam (sekurang-kurangnya 4jam atau semalaman)
  • 3-4 keping halia dihiris dan dimayang halus panjang2
  • 3-4 ulas bawang merah dimayang halus
  • 1 sudu teh halba
  • 2 cubit garam
  • 1 cawan santan cair
  • setengah cawan santan pekat
  • air secukupnya
  • ACAR:
  • 2-3 batang timun
  • 1-2 batang lobak merah
  • 3 batang cili merah
  • 3-4 ulas bawang merah
  • cuka, garam dan gula secukup rasa
  • GULAI IKAN:
  • seekor ikan tongkol / kayu sederhana besar dibersihkan, dipotong dan direbus dengan asam keping dan garam.
  • 1 biji santan kelapa
  • 4-5 biji bawang merah dikisar
  • 5-6 tangkai cili kering dikisar
  • 2-3 hiris lengkuas
  • 4-5 ulas bawang putih diketuk / tumbuk kasar
  • 2-3 hiris halia diketuk / ditumbuk kasar
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 1/2 sudu teh halba
  • 3 sudu makan rempah gulai nasi dagang
  • 5 biji cili api
  • 2 batang serai dititik
  • garam dan gula secukupnya
  • air secukupnya
CARA PENYEDIAAN
  • NASI:
    kukus beras yang telah direndam selama 10-15 minit.
    Gaulkan beras dengan santan cair dan kukus semula.
    Kukus semula beras sehingga masak bersama bawang merah, halia dan halba di tengah-tengah beras.
    Nasi yang telah masak itu digaul rata bersama santan pekat dan sedikit garam secukup rasa.
  • ACAR: Potong timun, cili merah dan lobak merah panjang-panjang dalam 1 inci suku panjang. Mayang bawang merah. Gaul kesemua bersama cuka, garam dan gula secukupnya.
  • GULAI IKAN:
    Tumis bawang putih dan halia sehingga wangi.
    Masukkan kulit kayu manis dan bunga lawang sehingga naik bau.
    Masukkan pula cili kering, bawang merah dan lengkuas. Kacau sehingga masak.
    Masukkan rempah dan kacau.
    Masukkan air secawan, serai, cili api, halba, santan dan sedikit gula.
    Masukkan ikan yang telah direbus secukupnya (boleh tambah kemudian kalau tak cukup) bila kuah dah mendidih.
    Rasa kuah dan tambah masin manis jika perlu.
    Masak kuah sehingga pecah minyak.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN