Project Description

Masakan Kelantan

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Asian

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Nasi Dagang Dan Gulai Ikan Tongkol

Masakan Kelantan

BAHAN-BAHAN

  • Untuk nasi dagang:
  • 1 kg beras nasi dagang-dibersihkan dan direndam selama 2 jam
  • 2 cawan santan cair *
  • 1 cawan pati santan *
  • 1 sudu teh halba
  • 7 biji bawang merah-dihiris
  • 2 cm halia-dihiris
  • 3 sudu teh gula
  • 1 sudu teh garam
  • *Santan mengikut jenis beras.Kalau perlu,tambahkan sikit santan mengikut kesesuaian.
  • Bahan untuk gulai ikan tongkol:
  • 3 cawan santan sederhana pekat
  • 2 keping asam gelugur
  • 1/2 ikan tongkol-dibersihkan dan dipotong ikut suka
  • 1 biji cili hijau
  • garam secukup rasa
  • 10 biji bawang merah *
  • 2 cm kunyit hidup *
  • 4 cm lengkuas *
  • 6 tangkai cili kering *
  • Bahan bertanda * dikisar halus
CARA PENYEDIAAN
  • Untuk nasi-Panaskan air dlm periuk kukus hingga mendidih.Masukkan beras dan kukus selama setengah jam.
  • Angkat nasi,masukkan 2 cawan santan cair dan gaul hingga sebati.Kukus semula selama setengah jam lagi.
  • Angkat nasi sekali lagi dan masukkan pati santan,halba,bawang,halia,garam dan gula.Gaul sebati.
  • Kukus semula selama 20 minit atau hingga nasi masak.
  • Untuk lauknya-Panaskan santan dlm periuk.Setelah mendidih,masukkan bahan kisar.Biar mendidih sekali lagi.
  • Masukkan asam gelugur dan garam secukup rasa.
  • Akhir sekali masukkan ikan tongkol dan cili hijau.Biar hingga ikan betul2 masak.
  • Angkat dan hidangkan bersama nasi dagang.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.