Nasi ayam ipoh hainan

saya hainan kan resepi nasi ayam ipoh saya tu..:) kalau suka minyak bijan boleh cuba resepi ni…dia ada beza skit sebab hidang dgn taugeh..

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Nasi ayam ipoh hainan

saya hainan kan resepi nasi ayam ipoh saya tu..:) kalau suka minyak bijan boleh cuba resepi ni…dia ada beza skit sebab hidang dgn taugeh..

BAHAN-BAHAN

  • *BAHAN NASI*
  • 4 mug beras
  • 4 1/2 mug air rebusan ayam
  • 2 inci halia*
  • 3 biji bawang putih*(bahan*ditumbuk lumat)
  • 3 helai batang daun bawang (ambik bhgn bawah dia…yg ada buah dia tu sekali)
  • 1 sudu besar minyak bijan
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 helai daun pandan
  • 4 sudu mentega + sedikit minyak masak
  • 1 sudu kecil garam
  • *BAHAN AYAM*(utk 1 org punya makan)
  • 3 ketul ayam
  • 2-3 titik minyak bijan
  • 1-2 titik kicap cair
  • 1 sudu besar sup
  • *BAHAN SUP*
  • air secukupnya
  • 4 bawang putih diketuk
  • 3 inci halia di hiris
  • 3 helai batang bawang
  • 1 biji sengkuang dipotong dadu
  • 1 sudu besar serbuk lada sulah
  • garam
  • *BAHAN TAUGEH* (1 org punya hidangan)
  • semangkok kecil taugeh
  • 1 sudu besar sup
  • 2-3 titik minyak bijan
  • 2 titik kicap cair
  • *BAHAN CILI*
  • 10/15 biji cili burung
  • 6 biji cili merah
  • 2 hiris halia (ambik dari rebusan)
  • 5/6 biji bawang putih
  • 1 biji limau kasturi/nipis
  • garam n gula secukupnya
  • 1/2 bawang besar
  • 1/2 cawan air rebusan ayam
  • *BAHAN KICAP*
  • 5 biji cili burung
  • sedikit halia (ambik dari rebusan)
  • 4/5 biji bawang putih
  • kicap pekat dan kicap cair secukupnya
  • air rebusan ayam secukupnya
  • tepung jagung di campur dgn air secukupnya (utk pekatkan)
  • 2 sudu besar sos tiram
  • *BAHAN SAMPINGAN*
  • daun sup dan bawang yg dihiris, timun yg dihiris, tomato yg dihiris,
CARA PENYEDIAAN
  • cara utk buat air rebusan ayam…mula2 buat air rebusan ayam…(bahan2 dalam sup) masukkan semua bahan…kecuali sengkuang dan serbuk lada sulah. tutup periuk dan masak hingga didih.
  • selepas air mendidih, masukkan ayam. biar ia masak selama 20 minit. selepas 20 minit, angkat ayam tadi dan toskan. ayam tu biar betul2 masak…sebab kita tak goreng dah…cucuk dgn garfu tengok kalau ayam tu dah masak ke belum..air biar betul2 didih masa masukkan ayam..biasanya 20 minit tu dah o.k dah..
  • cara utk masak nasik, mula2 masukkan majerin dalam periuk elektrik, biar ia cair, kemudian masukkan bahan* yg telah di tumbuk lumat. biar naik bau. kemudian masukkan batang bawang dan daun pandan. bila dah layu sikit masukkan sos tiram dan minyak bijan. kacau2 sekejap,kemudian masukkan beras, sedikit garam dan air rebusan ayam. biarkan hingga nasik masak.
  • cara penyediaan ayam, ambil 3 ketul ayam yg telah masak dan telah di toskan tadi. kemudian…potong siap2 ayam tu biar mudah waktu makan nanti…. masukkan kedalam satu mangkok..kemudian masukkan minyak bijan…kicap cair dan sup…kacau2 rata…kemudian boleh la hidangkan kedalam piring keci
  • cara penyediaan taugeh….masak sedikit air didalam periuk…biarkan air didih….lepas didih je air..terus tutup api..masukkan taugeh..dan terus je tos…takyah lama2 proses celor nanti taugeh layu….masukkan taugeh kedalam mangkok…lepas tu masukkan kicap…air sup dan minyak bijan…kacau rata…lepas tu letakkan kedalam piring dan hias dgn daun sup dan bawang diatas taugeh tu tadi.
  • cara penyediaan cili, masukkan semua bahan didalam blender dan blend hingga hancur.cili tu air dia tak yah byk sgt..biar pekat..sebab cili ala hainan ni pekat skit cili dia…letak 1/2 cawan air sup tu pun dah cukup.
  • cara penyediaan kicap, blend semua bahan kecuali tepung jagung. selepas blend isi dalam periuk dan panas kan atas dapur. agak2 dah panas..boleh la di masukkan tepung jagung dicampur air secukupnya utk memekatkan kuah.
  • cara2 penyedian sup, baki air rebusan tadi didihkan kembali bersama sengkuang dan serbuk lada sulah. kalau air rebusan dah berkurangan boleh lah di campur dengan air biasa. masak hingga didih. perasakan sup.
  • selepas semua dah masak, boleh la di makan…cara penyediaan…timun, tomato dipotong nipis2. daun sup dan bawang di potong halus dan di masukkan kedalam sup tadi.
  • (nota: saya masak guna seekor ayam utk resepi ni…cuma bila nak hidang tu saya guna sukatan utk seorang punya makan ….taugeh tu pun sama..sebab ada ahli keluarga yg nak makan nasi ayam jenis biasa…)

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    3 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago