Sangat beraroma & sangat sedap ^_~
myResipi
Nusantara
Medium
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
^ Nasi Ayam Hainan & Ayam Madu
Sangat beraroma & sangat sedap ^_~
BAHAN-BAHAN
Ayam (ambil semua bahagian kecuali leher dan kaki. Ayam boleh juga dipotong kepada 4 bahagian sebelum digoreng) yang telah direbus setengah masak ditos dan diperap dengan bahan-bahan perapan seperti di http://www.myresipi.com/top/detail/12482. Tambahkan 1 sudu lagi sos tiram dan 1 sudu lagi kicap pekat. Ikuti kaedah seterusnya seperti yang disebutkan. (Tips: goreng ayam dalam periuk tekanan / tutup kuali semasa menggoreng ayam supaya ayam cepat masak luar dan dalam. Jangan goreng terlalu lama dikhuatiri ayam hangit dan terlalu hitam). Air lebihan perapan ayam ditambahkan sedikit air panas dan garam secukupnya dan kemudiaanya dimasak seketika di atas dapur untuk dijadikan sos kicap.
Bahagian-bahagian ayam seperti leher, kaki, dsb (termasuklah rangka ayam jika direbus sekali) DIGAUL dengan bahan perapan seperti yang disebutkan di http://www.myresipi.com/top/detail/15200. Gunakan 1 bahagian daripada stok ayam untuk dibuat sup. Teruskan langkah yang berikutnya seperti yang dinyatakan kecuali memasukkan ubi kentang (sebab tak letak kentang). Untuk menambahkan rasa sup, masukkan 1 kiub pati ayam .
Kisar bawang putih, bawang besar dan belacan (nak kisar dengan cili kering sekali pon boleh). Masukkan semua bahan dalam periuk termasuk sedikit garam dan gula dan tambahkan air (jangan terlalu pekat atau cair). Panaskan api. Bila asam keping da kembang, rasa masam manis masin sos. Jika sos terlalu masam, keluarkan asam keping dengan segera. Tambahkan lagi garam dan gula jika perlu. Masak sos sehingga mendidih dan agak pekat.
Tumis semua bahan-bahan kecuali beras, air dan garam sehingga wangi dan sedikit garing garing. Masukkan beras dan gaul seketika 3-5 minit. Masukkan 1 bahagian stok ayam dan tambah air panas jika air stok ayam tidak mencukupi. Perasakan dengan garam secukupnya. Kacau rata dan biarkan nasi masak.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.