Nasi Ayam Diraja

resepi sendiri punya

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Nasi Ayam Diraja

resepi sendiri punya

BAHAN-BAHAN

  • Nasi:
  • – 2 cup beras basuh dan toskan
  • – 2 cup air
  • – 2 cup chicken stock
  • – halia (ambil dari chicken stock)
  • – bawang putih
  • – 1 sudu besar butter
  • – daun pandan
  • Sup / Chicken stock:
  • – 1/2 ekor ayam
  • – 1 inci halia hiris kasar dan ketuk sedikit
  • – 1 kiub ayam
  • – 1/2 sudu besar perencah sup
  • – daun sup dan daun bawang
  • – 4 ulas bawang putih di ketuk
  • Bahan Perap:
  • – 1/2 sudu besar sos tiram
  • – 1/2 sudu besar kicap manis
  • – 3 ulas bawang putih diketuk
  • Sos Cili:
  • – 1 Batang cili merah dicincang halus
  • – beberapa batang cili api dicincang halus (ikut kepedasan masing-masing)
  • – sedikit halia (ambil dari chicken stock) dicincang halus
  • – 2 ulas bawang putih dicincang halus
  • – 3 sudu besar sos cili
  • – sedikit air
  • – sedikit perahan jus limau
  • – sedikit serbuk kunyit – ni letak dalam nasi. nak bagi kaler cantik sikit
CARA PENYEDIAAN
  • – Rebus halia bersama bawang putih dan kiub ayam dan juga perencah sup.
  • – Biarkan mendidih masukkan ayam dan masak selama 20 minit.
  • – Angkat ayam dan toskan. Seterusnya campurkan kedalam bahan perapan. Perap selama 1 atau 2 jam. Perap sekejap pun ok je.
  • – Yang selebihnya kita buat sup. Potong daun bawang dan daun sup. Kemudian campurkan sekali. Suaikan rasa anda.
  • – Siap.
  • – Untuk nasi pula. Panaskan butter dalam periuk nasi.
  • – Tumis bawang putih bersama halia dan daun pandan.
  • – Apabila wangi masukkan beras dan kacau seketika.
  • – Masukkan air dan chicken stock dan sedikit garam. Sikit sahaja sebab chicken stock dah masin. Kalau tak nak letak pun takpe sebab nanti sup tu dah pun masin.
  • – Tanak nasi macam biasa.
  • – Sementara tunggu nasi masak. Siapkan pula sos cili.
  • – Korang boleh blend semua bahan sos cili tu dan masak bersama sos cili dan air.
  • – Disebabkan aku takde blender maka aku pun cincang lah ia sehalus yang mungkin.
  • – Masak bersama sos cili dan air. Adjust kepekatan ikut suka korang. Tapi jangan terlalu pekat.
  • – Perasakan dengan garam dan sedikit gula. Kalau taknak letak gula pun ok je.
  • – Untuk ayam goreng dengan api sederhana. Tak payah goreng lama sangat. Agak dah hitam sikit boleh la angkat. Hati-hati jangan sampai hangus pulak.
  • – Siap. Sajikan dengan sedikit salad dan tomato.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago