Buat jamuan istimewa atau bila2 waktu dan enak disajikan dgn lauk yang pedas2… :)

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Asian

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

?Nasi Ayam Bohari™

Buat jamuan istimewa atau bila2 waktu dan enak disajikan dgn lauk yang pedas2… :)

BAHAN-BAHAN

  • 4 cawan beras basmathi – cuci bersih,rendam 10-15 min dan toskan.
  • 2 1/2 cawan air + 2 cawan air rebusan ayam
  • 1 kilo ayam – potong kecil2 – (akak guna isi ayam)
  • 1 batang lobak merah – dipotong dadu kecil
  • 3 biji tomato – didadu kasar
  • 1 batang kayu manis,5 biji pelaga,5 biji cengkih,5 biji lada hitam – (bahan penumis)
  • 1 biji bawang besar – dihiris
  • 4 ulas bawang putih – dihiris
  • 1 ibu jari halia – diketuk
  • 2 helai daun pandan – disimpul
  • 2 batang serai – dititik
  • 3 sb minyak sapi/butter/jagung
  • garam secukup rasa
  • 1/4 cawan gajus/badam goreng,1/4 cawan kismis goreng,daun sup,daun bawang dan bawang goreng – untuk hiasan.
CARA PENYEDIAAN
  • Rebus ayam bersama halia dengan secukup air hingga empuk dan ketepikan.
  • Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bawang besar,bawang putih,bahan penumis,daun pandan dan serai hingga wangi.Masukkan lobak,tomato,ayam,air rebusan,air dan garam dan masak hingga mendidih.Masukkan beras dan kacau perlahan2 dan masak hingga tanak.Taburkan bahan2 hiasan,tutup periuk dan masak lagi atas api kecil hingga nasi kering.
  • Hidangkan nasi dengan lauk2 pilihan…selamat menjamu selera… :)

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN