Nasi Ayam Best

Antara masakan kegemaran my hubby…Mula di try n error masa bujang dolu pakai agak-agaknya bahan-bahannya.Nasib baik menjadi…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Nasi Ayam Best

Antara masakan kegemaran my hubby…Mula di try n error masa bujang dolu pakai agak-agaknya bahan-bahannya.Nasib baik menjadi…

BAHAN-BAHAN

  • Nasi :
  • 4 cawan beras
  • 5 ½ cawan stok ayam (sup ayam yang direbus)
  • 3 ulas bawang merah ditumbuk
  • 2 ulas bawang putih ditumbuk
  • ½ inci halia ditumbuk
  • Rempah menumis ( kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, bunga cengkih )
  • 3 sudu planta
  • 2 helai daun pandan
  • Ayam (Bahan-bahan perap) :
  • ½ ekor ayam
  • 3 ulas bawang putih ditumbuk
  • 4 ulas bawang merah ditumbuk
  • ½ inci halia ditumbuk
  • ½ sudu teh jintan manis & jintan putih ditumbuk
  • 1 sudu teh lada sulah
  • 1 ½ sudu besar kicap pekat
  • 4 sudu besar kicap manis
  • Sup :
  • 2 kiub stok ayam maggi
  • 1 paket sup bunjut
  • 2 ulas bawang merah ditumbuk
  • 1 ulas bawang putih ditumbuk
  • 1 ulas bawang putih diketuk
  • ½ inci halia ditumbuk
  • Daun sup
  • Sambal kicap :
  • 5-8 batang cili padi *
  • 1 ulas bawang putih *
  • Kicap manis
  • Garam secukup rasa
  • Bahan bertanda * ditumbuk dan digaul bersama kicap manis dan garam
  • Sos :
    Sos cili thai
CARA PENYEDIAAN
  • Rebus ayam di dalam air. Agak-agak air cukup untuk dicampur ke dalam beras untuk menanak nasi dan sebagai sup. Campurkan 2 ketul kiub stok ayam dan 1 paket sup bunjut serta bawang putih yang diketuk ke dalam air rebusan ayam.
  • Perapkan ayam dengan bahan-bahan perap. Seelok-eloknya perap lebih lama. Paling kurang pun dalam 45 minit. LAGI LAMA LAGI SEDAP.
  • Ambil kuah stok ayam dalam anggaran 5 ½ cawan untuk menanak nasi.
  • Dalam masa yang sama tambahkan bawang merah, bawang putih, halia yang ditumbuk ke dalam sup.Tutup api bila sup masak sepenuhnya.
  • Basuhkan beras. Tambahkan air rebusan ayam ke dalam periuk nasi.
  • Tumis darat bahan-bahan seperti bawang merah,bawang putih, halia, bahan-bahan penumis dan serai dengan menggunakan planta menggunakan kuali biasa di atas dapur gas. Tumis hingga garing.
  • Goreng atau bakar ayam yang telah diperap tadi. Oleh kerana ayam telah direbus, masa untuk membakar dan menggoreng dapat dijimatkan malah isi ayam menjadi lebih lembut.
  • Nasi ayam boleh dimakan bersama daun salad, tomato, carrot yang dihiris halus serta kacang tanah goreng. Memang sedap. Cuba la ye

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago