Murtabak Maggi Kaw-Kaw

Belajar buat masa tengah sekolah dulu..

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Murtabak Maggi Kaw-Kaw

Belajar buat masa tengah sekolah dulu..

BAHAN-BAHAN

  • 2 biji bawang merah dihiris
  • 1 bungkus Maggi (lebih afdal sekiranya menggunakan perisa kari)
  • 4-5 cili padi dipotong halus
  • 2 biji telur
  • Mayonis atau sos cili atau sos tomato (untuk pencicah)
CARA PENYEDIAAN
  • Mula-mula, rebus mi Maggi sahaja. (Jangan campur dengan perencah). Setelah mi lembut, toskan dan asingkan.
  • Campurkan hirisan bawang merah, cili padi, telur, perisa Maggi dan mi ke dalam mangkuk. Kacau sehingga sebati.
  • Panaskan kuali (lebih elok menggunakan kuali yang kecil sahaja – untuk mendapatkan murtabak yang tebal). Masukkan sedikit minyak dan ratakan minyak pada permukaan kuali tadi.
  • Setelah minyak panas, masukkan campuran tadi dan ratakan pada permukaan kuali. Jangan balikkan selalu, dikhuatiri pecah pula.
  • Setelah permukaan murtabak garing, bolehlah diangkat dan dihidangkan panas-panas bersama mayonis atau sos.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago