Moist Chocolate Cake

Belajar masa dekat Terengganu. Sesuai untuk seisi keluarga @ sebagai kek hari jadi anak-anak.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Moist Chocolate Cake

Belajar masa dekat Terengganu. Sesuai untuk seisi keluarga @ sebagai kek hari jadi anak-anak.

BAHAN-BAHAN

  • Bahan A:
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan air suam
  • 1 cawan gula kastor
  • Bahan B:
  • 250 gm gula kastor
  • 250 gm mentega
  • 250 gm tepung naik sendiri (ayak)
  • 6 biji telur
  • Esen vanila
  • Lapisan Atas:
  • 1/3 cawan serbuk koko
  • 1 tin kecil susu pekat manis – boleh kurangkan kalau tak suka manis
  • 1/3 cawan minyak jagung
CARA PENYEDIAAN
  • Bahan A:
  • Campurkan koko, gula dan air suam. Kacau hingga gula larut.
  • Bahan B:
  • Putar mentega dan gula hingga kembang.
  • Masukkan telur sebiji demi sebiji serta esen vanila. Putar hingga rata.
  • Masukkan tepung diselang-seli dengan campuran bahan A tadi.
  • Setelah semua sebati, masukkan adunan ke dalam acuan yang telah digris dan dialas dengan kertas.
  • Bakar 45-50 minit suhu 170C atau boleh juga dikukus selama 1 jam setengah.
  • Setelah kek sejuk, bolehlah disapu lapisan atas dan hias dengan kreativiti sendiri.
  • Lapisan Atas:
  • Campurkan koko dengan susu, kacau hingga sebati. Masukkan minyak mazola.
  • Letakkan atas api perlahan dan kacau hingga berkilat. Proses ini jangan terlalu lama sekadar untuk mengilatkan sahaja.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago