^ Moist Chocolate Cake @ Kek Coklat Lembap

bakar @ kukus… (pakai blender je)
–> olahan sendiri dari resepi kawan.. mudah + lembap + padat + kaya dgn coklat ;)

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

^ Moist Chocolate Cake @ Kek Coklat Lembap

bakar @ kukus… (pakai blender je)
–> olahan sendiri dari resepi kawan.. mudah + lembap + padat + kaya dgn coklat ;)

BAHAN-BAHAN

  • Bahan A (*diayak bersama):
  • ??1 1/2 cawan tepung gandum*
  • ??3/4 cawan serbuk coklat*
  • ??1/2 sk soda bikarbonat*
  • ??1 sk baking powder*
  • ??secubit garam
  • ??1 cawan gula halus
  • Bahan B:
  • ??1/2 cawan minyak masak
  • ??3/4 cawan susu cair / segar
  • ??2 biji telur (A) / 3 biji (C)
  • ??1/2 sk cuka @ jus lemon
  • Bahan Topping:
  • ??200ml whipping cream @ susu cair/segar
  • ??250g dark chocolate (potong kecil2)
  • ??1/4 cawan susu pekat manis (kalau guna whipping cream) @ gula halus (kalau guna susu cair/segar)
  • ??1/4 cawan minyak masak
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan oven pada suhu 170 darjah selama 10 minit / didihkan air pengukus.
    Masukkan Bahan B dalam blender. Diikuti Bahan A.
  • Blender kesemua bahan agak2 masanya sehingga kesemua bahan sebati. (jangan blender lama sangat nanti kek bantat pulak)
  • Tuangkan adunan ke dalam loyang 20cm yang telah digris dan ditaburkan tepung sedikit (nak senang guna kertas jek) supaya kek tak melekat nanti.
  • Bakar kek dalam oven pada suhu 170 darjah selama 40 minit / sehingga masak secara au bain-marie (waterbath). kalau nak bakar biasa pon boleh. Bakar secara waterbath akan melembapkan kek lagi. Atau
    kukus kek selama 1 jam / sehingga masak. (Cucuk lidi di tengah2 kek kalau tak melekat, dah masak lah tu)
  • Keluarkan kek dari oven dan telangkupkan kek di atas redai (untuk mengelakkan kek mendap. Sila hati2 kerana kek sedang panas dan lembut. Nanti kek patah pulak)
  • *** Penggunaan cuka tidak akan memasamkan kek. Cuka tersebut akan bertindak balas dengan soda bikarbonat dan baking powder untuk mengembangkan/menaikkan kek bersama telur. (so tak payah guna telur banyak2. jimat telur ye.. kurangkan kalori.. hehe)

    *** Bahan2 yang digunakan banyak 3/4, 2/3 sebabnye loyang kecik je nanti kek naik terlebih melimpah pulak. Saya gunakan cawan metrik yang mempunyai senggat. (Sape2 yg takde, agak2 je la tulis ngan marker pen ye. huhu.. sorry~)

  • Topping:
    Panaskan whipping cream sehingga hampir mendidih dan masukkan bahan yang lain. Tutup api dapur dan kacau sehingga adunan topping sebati.
  • Kek yang dah sejuk dibelah dua ditengah. Tengah2 kek sapukan sedikit topping dan cantumkan (hati2 kek mudah patah).
  • Lebihan topping tadi dituangkan (pastikan topping masih cair- mudah untuk disapu) di atas kek dan ratakan keseluruhan kek. Hias mengikut kreativiti anda.
    *kalau nk guna strawberry, pastikan strawberry tersebut telah diserap airnya terlebih dahulu (potong awal2 dan lap air guna kitchen paper / tisu) kerana strawberry yang basah akan merosakkan topping kek nanti.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago