Mixfruits Wholemeal Loaf

Roti berserat tinggi.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Mixfruits Wholemeal Loaf

Roti berserat tinggi.

BAHAN-BAHAN

  • 140ml susu segar
  • 1 biji telur
  • 200 gm tepung gandum penuh/’wholemeal’
  • 100 gm tepung berprotein tinggi/tepung roti
  • 40 gm gula
  • 1/2 sudu teh garam
  • 30 gm mentega/marjerin
  • 1 1/2 sudu teh yis segera
  • 1/2 cawan buah-buahan kering
CARA PENYEDIAAN
  • Mesin pembuat roti – masukkan bahan di atas mengikut turutan atau sebagaimana yang disarankan oleh mesin anda.
  • Pilih fungsi untuk membuat roti gandum penuh (sekiranya ada) dan “ON”.
  • Tunggu sehingga selesai & sedia untuk dihidang.
  • Sekiranya anda tidak mempunyai mesin pembuat roti, anda boleh menguli dengan tangan anda.
  • Gaulkan tepung, gula & garam.
  • Gaulkan pula yis, masukkan susu segar & telur. Uli sehingga sebati.
  • Masukkan pula mentega dan uli lagi sehingga doh menjadi lembut & elastik, lebih kurang 15-20 minit (bergantung kepada tenaga pengulinya).
  • Masukkan doh ke dalam mangkuk besar & tutup dengan plastik selama 40-50 minit sehingga doh naik 2 kali ganda (bergantung kepada cuaca).
  • Tumbuk/keluarkan angin dari doh tadi. Rehatkan selama 10 minit.
  • Masukkan buahan kering dan bolehlah diletakkan ke dalam loyang roti atau dibentuk seperti ban jika tiada loyang roti.
    Rehatkan lagi selama 30-40 minit.
  • Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan selama 15-20 minit pada suhu 200C.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago