Mini Sosej & Cheese Roll

Senang, cepat dan sedap!!! Sesuai untuk sarapan dan minum petang.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Mini Sosej & Cheese Roll

Senang, cepat dan sedap!!! Sesuai untuk sarapan dan minum petang.

BAHAN-BAHAN

  • 10 biji mini sosej (saya guna Ayamas mushroom cocktail sosej)
  • 5 keping roti (saya guna roti gardenia wholemeal)
  • 5 keping slice cheese
  • 2 biji telur (dipukul sedikit dengan garfu)
CARA PENYEDIAAN
  • Goreng sosej hingga masak dan kuning keemasan. Ketepikan dulu.
  • Gelekkan roti hingga mampat satu persatu (untuk elakkan dari serap banyak minyak masa menggoreng nanti).
  • Letak sekeping slice cheese ke atas sekeping roti yang telah digelek tadi. Kemudian dipotong kepada 2 bahagian.
  • Letakkan sebiji sosej mini yang telah digoreng tadi diatasnya dan gulungkan. Sapukan telur dihujung roti untuk melekatkan roti.
  • Yang ini telah siap digulung dan sedia untuk digoreng.
  • Celup satu persatu ke dalam telur dan goreng hingga kekuningan.
  • PERINGATAN :
    Pastikan api sederhana semasa menggoreng kerana cheese akan cair dan akan garing di dalam minyak. Dan selalu balik-balikkan untuk mengelakkan roti dari melekat kat cheese yang dah cair dalam kuali tu.
  • Ini versi normal sosej. Lihatlah lelehan cheesenya yang mencair…..

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago