Mihun Goreng Cili Api

Bagaimana cara nak masak Mihun Goreng Cili Api?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Mihun Goreng Cili Api

Bagaimana cara nak masak Mihun Goreng Cili Api?

BAHAN-BAHAN

  • 1 paket mihun (Direndam dan tuskan)
  • 20 biji cili api
  • 3 biji cili merah
  • 2 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 sudu makan udang kering
    (Semua cili api, cili merah, bawang merah, bawang putih & udang kering dikisar bersama)
  • 200 g sotong (Dihiris)
  • 100 g udang
  • ½ cawan air
  • 200 g kubis (Diracik)
  • 1 batang lobak merah (Dihiris halus)
  • 200 g sawi (Dipotong pendek)
  • 2 keping tauhu goreng (Dihiris nipis)
  • 3 sudu makan minyak masak
  • Garam secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar sehingga wangi.
  2. Masukkan sotong dan udang. Kacau rata.
  3. Apabila sotong dan udang masak, masukkan garam dan air. Kacau
    rata.
  4. Masukkan kubis, lobak merah, sawi dan mihun. Kacau rata sehingga
    sebati.
  5. Gaulkan rata sehingga mihun lembut.
  6. Semasa menghidang, taburkan tauhu, hirisan daun bawang dan cili
    merah.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago