?Mi / Soto Pekalongan™

soto yg menggunakan daging sebagai bahan utama dan rasanya lain daripada soto biasa. Sesuai dimkn dengan mi hoon atau nasi himpit.(Soto bersama nasi himpit adalah pilihan saya dan keluarga.)

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

?Mi / Soto Pekalongan™

soto yg menggunakan daging sebagai bahan utama dan rasanya lain daripada soto biasa. Sesuai dimkn dengan mi hoon atau nasi himpit.(Soto bersama nasi himpit adalah pilihan saya dan keluarga.)

BAHAN-BAHAN

  • 1/2 kilo daging -dipotong kecil2
  • halia sebesar ibu jari – diketuk
  • lengkuas sebesar ibu jari – diketuk
  • 6 sb taucu – ditapis dan disiram sedikit
  • 1 cawan kicap manis
  • bahan2 berikut hendaklah dikisar bersama:-
  • 5 batang lada merah
  • 15 biji bawang kecil
  • 6 ulas bawang putih
  • bahan2 utk taburan:-
  • 1 ikat su’un – dicelur hingga lembut dan dipotong 1 inc.
  • bawang goreng
  • daun sup dan daun bawang – dihiris
  • sambal kicap cili padi
  • mi hoon – dicelur hingga lembut atau –
  • nasi himpit – dipotong kecil
  • tauge – dicelur
CARA PENYEDIAAN
  • daging direbus dalam 2 ltr air bersama dgn halia dan lengkuas hingga empuk lalu masukkan taucu dan kicap. Tambah air lagi jika perlu kerana ketika merebus air akan menjadi kurang.
  • bahan2 kisar, ditumis dgn sedikit minyak hingga garing dan tuangkan ke dlm rebusan daging tadi dan rebus terus hingga mendidih .
  • bubuh garam , gula dan penyedap rasa secukupnya.(hati2 ketika menambah garam dan gula kerana taucu dan kicap manis juga menerbitkan rasa dlm masakkan.)
  • Cara menghidang:-
  • Isikan mi hoon atau nasi himpit ke dlm mangkuk dan bubuh tauge.Siram kuah bersama daging dan tabur diatasnya dgn bahan2 taburan yg lain.
  • sajikan ketika panas2.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago