Mi Rebus Tulang Rusuk-johor style

resepi dari negeri sendiri-Johor style dan menjadi minat suami..

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Mi Rebus Tulang Rusuk-johor style

resepi dari negeri sendiri-Johor style dan menjadi minat suami..

BAHAN-BAHAN

  • KUAH:-
  • 1/2 kg keledek merah
  • 6 biji kentang
  • 4 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 20gram udang kering
  • 5 sudu serbuk rempah kari BABA’s(ikan&udang)
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • HIASAN:-
  • 1 paket mi kuning
  • tauhu putih&telur rebus
  • taugeh,sayur sawi&cili hijau
  • bawang goreng
  • TULANG RUSUK DI REBUS
CARA PENYEDIAAN
  • rebus keledek merah&kentang sehingga empuk,kemudian di kisar..kemudian potong bawang besar,dan goreng sehingga sedikit garing..
  • angkat bawang yg di goreng td,msuk ke dlm pengisar bersama bawang putih&udang kering+sedikit air..kisar sehingga halus..
  • panaskn kuali&secawan minyak,dan tumis bahan yg dikisar..sehingga kekuningan,masukkan rempah kari&serbuk kunyit,kemudian masukkn keledek&kentang yg dikisar td..tambahkn 5 cawan air.
  • biarkan kuah mendidih,msukkn garam,serbuk perasa&gula..serata kn rasa,lg sedap klu kuah mi rebus lbih sedikit manis.
  • masukkn tulang rusuk sahaja ke dlm kuah.jangan di masukkan air rebusan tulang td,kerana akn mengubah rasa kuah.biarkan kuah sedikit pekat&tutup api..
  • dalam periuk lain,layurkan sawi,taugeh..rebus telur&goreng kuning tauhu..
  • siap untuk di hidang..taburkan bahan ke atas mi,bersama kuah&tulang rusuk..kalau mahu lagi sedap,taburkan cili hijau&bawang goreng..
  • Sekian..selamat mencuba&selamat merasa resipi dari saya..

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago