Resipi dari mak mertua.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Mi Kuah

Resipi dari mak mertua.

BAHAN-BAHAN

  • 500g mi
  • 5 cawan air rebusan tulang ayam
  • Udang, daging, isi ayam
  • 3 ulas bawang putih diketuk
  • 1 sudu kecil lada hitam – tumbuk
  • Sawi
  • Tauge
  • Tomato
  • Bawang goreng
  • Sos tomato – jika suka
  • Sos cili – jika suka
  • Kicap cabai (kicap manis + cabai dipotong halus + sedikit cuka)
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • Garam
  • Gula
  • Ajinomoto – jika suka
  • Limau nipis
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan minyak. Tumis bawang putih sehingga naik bau
  • Masukkan isi ayam, daging atau udang. Kacau balik sekejap dalam 1-2 minit. Masukkan air rebusan
  • Masukkan pula lada hitam yang telah ditumbuk halus
  • Masak sehingga mendidih dan daging empuk. Kemudian masukkan sawi, garam dan gula. Masak 2-3 minit. Padamkan api. Masukkan taugeh dan tomato yang dipotong
  • Celur mi dalam air mendidih.
  • Bila dah siap. Masukkan mi ke dalam mangkuk dan masukkan kuah tadi.
  • Taburlah dengan bawang goreng.
  • Kalau nak lagi sedap bolehlah dimasukkan sos tomato, sos cili, kicap cabai dan perahan air limau nipis.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN