resipi mi kari yang selalu rinjing buat untuk menjamu selera sendiri dan kawan2…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

mi kari rinjing…

resipi mi kari yang selalu rinjing buat untuk menjamu selera sendiri dan kawan2…

BAHAN-BAHAN

  • 2 paket mi kuning
  • 5 ulas bawang merah – mayang halus
  • 3 ulas bawang putih – mayang halus
  • 1 inci halia – mayang halus
  • 2 batang serai – diketuk
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 4 biji buah pelaga
  • 2 paket rempah kari daging – campur sedikit air dan kacau sebati
  • 3 tangkai daun kari – campur dalam rempah kari
  • 2 keping fish cake
  • 10-15 biji fish ball – dibelah 4
  • 1 kg kerang – rebus dan kopek kulitnya
  • 300 gm udang basah
  • 1 ikat kacang panjang (lebih kurang rm1.00)
  • 50 sen taugeh – celur
  • santan pekat – RM2.00
  • air secukupnya – ikut pekat
  • 2 keping asam gelugur
  • garam dan serbuk perasa secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
  • tumiskan bahan2 yang dimayang halus beserta serai, kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga wangi.
  • masukkan rempah kari + daun kari. tumiskan sehingga naik minyak. pastikan rempah betul2 masak.
  • kemudian masukkan kerang, fish cake dan fish ball. kacau sebati.
  • masukkan air. kuantiti air bergantung kepada kepekatan kuah yang anda nak buat.
  • masukkan santan pekat, garam, asam keping dan serbuk perasa. biarkan mendidih. kacau selalu supaya santan tidak pecah minyak dan berketul2.
  • bila mendidih, masukkan udang…biarkan sekejap
  • kemudian masukkan kacang panjang. biarkan sebentar. tutup api
  • **** bolehlah dihidangkan dengan mi kuning yang telah dicelur bersama2 taugeh.
  • **** udang jangan masak terlalu lama… nanti over cook…udang jadi keras…
    **** bila dah masuk kacang panjang…biar seketika je…terus tutup api…nanti kacang terlebih masak kurang enak…

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN