Mexican Bun

Mari buat roti Mexican Bun ala-ala RotiBoy atau Papa roti.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Mexican Bun

Mari buat roti Mexican Bun ala-ala RotiBoy atau Papa roti.

BAHAN-BAHAN

  • Inti:
  • -200 gm mentega
  • -1/2 sudu teh esen vanila
  • -70 gm gula perang
  • Lapisan atas (‘topping’):
  • -200 gm mentega
  • -160 gm gula aising
  • -3 biji telur gred A- pukul sedikit
  • -1 suduk kecil perisa kopi- boleh diganti dengan melarutkan 2 sudu besar kopi segera dengan 1 sudu besar air panas
  • -200 gm tepung gandum
  • Doh roti:
  • -500 gm tepung berprotin tinggi- diayak
  • -2 sudu kecil bread improver+ 2 sudu kecil bread softener ( optional)
  • -20 gm susu tepung
  • -75 gm gula kastor
  • -3 sudu kecil yis kering
  • -1 sudu kecil garam
  • -1 biji telur- dipukul
  • -250 ml air/ susu segar (Jangan gunakan susu tepung sekiranya menggunakan susu segar)
  • -60 gm mentega
CARA PENYEDIAAN
  • Inti – Pukul mentega dengan pengadun (‘mixer’) pada kelajuan sederhana selama 3 minit. Masukkan esen dan gula perang. Simpan di dalam peti sejuk sehingga sedia untuk digunakan.
  • Lapisan atas – Putar mentega dengan pengadun pada kelajauan sederhana selama 5 minit. Perlahan-lahan masukkan telur, gula aising dan perasa kopi. Ayakkan tepung ke dalam adunan dan putar lagi pada kelajuan perlahan sehingga semua sebati. Simpan di dalam peti sejuk sehingga sedia untuk digunakan.
  • Doh roti –
  • -Gaul rata tepung, gula dan garam di dalam mangkuk.
  • -Masukkan yis, penaik dan pelembut roti (jika menggunakannya) dan gaul rata lagi.
  • -Masukkan telur dan air/susu segar.
  • -Uli adunan sehingga menjadi adunan dan masukkan mentega. Uli lagi sehingga lembut & elastik selama 10-15 minit.
  • -Bahagikan doh kepada 17 biji bola kecil dan tutup dengan plastik selama 10 minit.
  • -Leperkan doh di atas tapak tangan & letakkan inti. Tutup rapat supaya inti tidak meleleh keluar sewaktu dibakar.
  • -Susun di atas loyang pembakar yang sudah dilenser dengan mentega/minyak/tepung dan jarakkan dalam 7.5 cm.
  • -Rehatkan selama 45 minit di tempat panas.
  • -Paipkan hiasan atas di atas roti secara membulat bermula dari bahagian atas roti.
  • -Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 15 minit atau sehingga roti keperangan.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    3 years ago

    Acar Sengkuang

    3 years ago

    Lemang Jagung

    3 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    3 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    3 years ago