mee sup campuran

sesuai untuk anak2 dan sedap dimakan waktu panas…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

mee sup campuran

sesuai untuk anak2 dan sedap dimakan waktu panas…

BAHAN-BAHAN

  • ½ kilo mee kuning
  • 1 ikat sawi
  • 1 batang carrot sederhana besar dipotong memanjang
  • 10 ekor udang sederhana
  • 10 biji fishball
  • 3 ekor sotong
  • 300gram daging/isi ayam/isi ikan
  • 5 biji bawang merah
  • 2 biji bawang putih
  • 1 kiub ayam knor dan sedikit garam
  • 1 liter Air
  • Sedikit minyak masak untuk menumis
  • Daun sup dan bawang goreng sebagai hiasan
  • *Sambal kicap (sekiranya mau pedas)*
  • 10 biji cili api
  • 1 biji bawang putih yg kecik
  • Kicap manis
  • (Goreng cili dan bwg putih seketika, angkat dan ditumbuk.
    Masukkan dalam bekas dan masukkan kicap.)
CARA PENYEDIAAN
  • 1. Mee kuning dicelur dan ditapis
  • Sawi juga perlu dicelur dan di tapis
  • Daging dibasuh dan ditoskan hingga kering dan diblender hingga hancur, gaulkan dengan sedikit garam dan buat bulat2 mcm bebola…ketepikan dulu
  • Tumbuk bawang putih dan bawang merah
  • Panaskan minyak dan masukkan bahan2 yang ditumbuk tadi sehingga naik bau
  • Masukkan air dan tunggu sehingga mendidih
  • Masukkan bebola daging dan tunggu sehingga daging masak
  • Masukkan udang, sotong , carrot dan kiub ayam knor
  • Tunggu sebentar sehingga udang,sotong dan carrot masak
  • Rasa kuah dulu baru masukkan garam sekiranya tawar, kalau termasin tambah air
  • Masukkan fishball dan tunggu sehingga masak
  • Letak kan mee dalam pinggan, masukkan sawi yang telah dicelur, taburkan daun sup dan bawang goreng kemudian masukkan kuah sup tadi.
  • Nak pedas, masukkan sambal kicap.
  • Selamat mencuba….

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago