Enak dimakan time ujan2..hahaa..
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Mee sup ayam cendawan
Enak dimakan time ujan2..hahaa..
BAHAN-BAHAN
- 1 bj Bawang Besar,2 ulas Bawang Putih,1/2 inci Halia ditumbuk lumat.
- 2 dada Ayam & 1 bahagian tulang dipotong kecil2
- Carrot(dipotong ikut suka)
- Cendawan Butang(potong 2)
- Daun Sup(hiris halus)
- 1 sk Rempah Sup Ayam Adabi
- 1 inci kulit kayu manis,1bj bunga lawang,2 bj buah pelaga & 2 bj bunga cengkih.
- 1 kiub Ayam & sedikit Serbuk Lada Putih
- Mi Sanggul Cintan(4-5 keping mi,rebus sehingga masak & toskan)
- Sedikit Minyak Sayur & Minyak Bijan
- 4 cawan Air(jika kurang tambahla)
CARA PENYEDIAAN
- Panaskan sedikit minyak sayur.Masukkan kk manis,b.lawang,b.pelaga & b.cengkih serta bahan yg ditumbuk lumat & juga rempah sup.Kacau rata & tunggu sehingga sehingga naik bau.
- Masukkan air,ayam,kiub ayam & serbuk lada putih.Biar mendidih sehingga ayam masak.
- Bila ayam dah masak keluarkan dada ayam sahaja.Masukkan Carrot,Cendawan,secubit garam & sedikit minyak bijan.Biar mendidih sekejap.Tutup api.
- Goreng ayam tadi kemudian siat2kan nya.Letak mi yg tlh direbus tadi tuangkan kuah sup & hiaskan dgn ayam yg disiat td,daun sup & bwg grg.Enak dimakan ketika panas.Selamat mencuba.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.