Mee Siam Nyonya

Masakan ala nyonya. Tidak terlalu pedas, sesuai untuk anak-anak. Jika mahukan pedas boleh tambahkan cilinya.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Mee Siam Nyonya

Masakan ala nyonya. Tidak terlalu pedas, sesuai untuk anak-anak. Jika mahukan pedas boleh tambahkan cilinya.

BAHAN-BAHAN

  • Untuk mi: 400gm (1 bungkus) bihun, direndam dengan air panas selama 5 minit dan toskan
  • 6 sudu besar minyak
  • 400gm tauge (jika suka)
  • 3 sudu besar atau lebih sedikit kuah* (sila rujuk di bawah untuk kuahnya)
  • Gula & garam secukupnya
  • Segenggam daun kucai, dipotong sederhana besar
  • ———————————-
  • Bahan A (mesin halus):
  • 40gm bawang merah kecil
  • 2 sudu besar taucu, dibasuh bersih & ditoskan
  • 2 sudu besar cili kisar
  • Air
  • ———————————
  • Bahan B (untuk kuah, mesin halus):
  • 150gm bawang merah kecil
  • 3 sudu besar taucu
  • 1 sudu besar belacan
  • 4 biji buah keras
  • 2 sudu besar cili kisar
  • Bahan lain yang perlu untuk kuahnya:
  • 6 sudu besar minyak – menumis
  • 500ml air rebusan ayam atau diganti dengan 1 kiub pati ayam, dicampur bersama 3 cawan air
  • 2 sudu besar asam jawa, diramas dengan 1/2 cawan air, tapiskan
  • 125ml santan pekat
  • 3 sudu besar daun kucai
  • Garam & gula secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
  • Untuk kuah: Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar (B) hingga wangi. Perasakan dengan gula & garam.
  • Masukkan air rebusan ayam atau air dari pati kiub ayam tadi hingga mendidih.
  • Bila mendidih, masukkan santan pekat & tunggu sebentar hingga mendidih sedikit.
  • Tutup api & taburkan daun kucai.
  • Untuk mi: Panaskan minyak ke dalam kuali & tumis bahan kisar (A) untuk mi hingga wangi. Perasakan dengan gula & garam.
  • Kecilkan api, masukkan bihun & gaul hingga benar-benar rata.
  • Curahkan 3 sudu besar kuah mi siam tadi ke atas bihun, gaul lagi hingga tampak lembut, jika tidak bolehlah ditambah sedikit kuah lagi.
  • Akhir sekali taburkan tauge (jika suka) & daun kucai. Hidang dengan bawang goreng, tauhu & perahan air limau kasturi…sedap tau!

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    3 years ago

    Acar Sengkuang

    3 years ago

    Lemang Jagung

    3 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    3 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    3 years ago