Resepi asal bonda, tak tahulah kat tempat lain camana….dari kecik mee rebus ni lah yg saya kenal. bila besar baru tau…banyak jenis mee rebus rupanya..mee ni memang betul2 rebus.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Mee Rebus Terengganu

Resepi asal bonda, tak tahulah kat tempat lain camana….dari kecik mee rebus ni lah yg saya kenal. bila besar baru tau…banyak jenis mee rebus rupanya..mee ni memang betul2 rebus.

BAHAN-BAHAN

  • Sebungkus mee kuning (basuh dan toskan)
  • Seikat Sawi (potong sesuka hati)
  • Bebola ikan (saya biasa buat sendiri je – perisikan ikan selayang/kembung, tumbuk dan kepalkan kecik2)
  • Sedikit isi ayam/udang/sotong/fish cake ke..ni kalau dah letak bebola ikan yg buat sendiri tak yah guna, nanti lain rasanye.
  • 2 ulas bawang putih
  • sedikit lada hitam
  • garam dan gula secukup rasa
  • air (untuk kuah)
  • Minyak (untuk menumis)
CARA PENYEDIAAN
  • Tumbuk kasar bawang putih ngan lada hitam.
  • Panaskan minyak, tumis bawang ngan lada hitam biar sampai wangi satu rumah (masa ni memang best gile bau tumisan). Boleh masukkan ayam/udang.sotong atau bebole ikan masa ni. cara saya kalau guna bebola yg dibuat sendiri, masukkan air dulu, bila dah mendidih baru masukkan bebola, sebab kalau masukkan sebelum masukkan air, takut pecah2…korang faham ke idak ni? tak faham nanti tanye ye!
  • Agak2 bebola /ayam dah separuh masak, baru masukkan sawi dan mee, jangan lupa garam dan gula.
  • Dah mendidih boleh tutupkan api dan mkn..saya suka tambah sos cili..lagi besh!!!!
  • my family memang suka sebab sedap dan senang disediakan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN