Resepi utk menyambut kepulangan seseorang…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Asian

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Mee Kuah Berkawah

Resepi utk menyambut kepulangan seseorang…

BAHAN-BAHAN

  • 1 bungkus mee kuning (celur dengan air panas sekejap dan tos)
  • BAHAN KUAH
  • 3 ulas bawang merah (kisar)
  • 3 ulas bawang putih (kisar)
  • 4 sudu besar cili kisar
  • 1 cawan sos cili
  • 1/2 cawan sos tomato
  • 5 sudu besar sos tiram
  • 1 cawan isi ayam (potong dadu kecil)
  • 12 ekor udang sedang
  • 10 biji cipi api (belah 2)
  • Sawi dan kobis secukupnya
  • 4 biji telur
  • 2 biji tomato (belah 4)
  • Garam, gula dan ajinomoto secukup rasa
  • Air secukupnya
  • Minyak utk menumis
  • 1 kuib ayam maggi (knorr punya brand tak sedap)
  • HIASAN
  • Daun sup, bawang goreng dan cili potong secukupnya.
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan minyak.Tumis bahan-bahan kisar hingga naik bau.Masukkan cili kisar, sos cili, sos tomato, sos tiram, cili api.Kacau sebentar. Masukkan air.Masukkan isi ayam dan kuib ayam.Biarkan mendidih.Masukkan udang. Biarkan seketika.
  • Masukkan garam, gula dan ajinomoto sesedap rasa.Masukkan sawi dan kobis.Biarkan seketika.Masukkan pula tomato.Akhir sekali pecahkan telur di dalam nya. Jangan kacau.Biarkan telur masak.Tutupkan api.
  • Masukkan mee ke dalam mangkuk dan curahkan kuah di atasnya.Hiaskan dengan bawang goreng dan daun sup serta cili potong(jika suka)

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN