Resepi yang saya adjust untuk memantopkan lagi rasanya.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Mee Kari Sodappp

Resepi yang saya adjust untuk memantopkan lagi rasanya.

BAHAN-BAHAN

  • 8 ulas bawang merah – dikisar
  • 4 ulas bawang putih – dikisar
  • 10 tangkai cili kering – dikisar
  • 1 cawan udang kering – direndam dan dikisar
  • 1 cawan rempah kari daging
  • Santan dari sebiji kelapa (kalau tak suka lemak boleh kurangkan)
  • 1 ibu jari halia dan lengkuas – dititik
  • 2 batang serai – dititik
  • 2 keping asam keping dan
    garam serta gula secukup rasa
  • 600g kaki ayam @ gantikan dengan daging (direbus daging dan boleh ambil airnya) kalau tak suka kaki ayam
  • 10 ekor udang sederhana @ besar – rebus kepala, kisar dan tapis rebusan airnya
  • Fish ball/fishcake serta tauhu sponge yang dah di goreng
  • Mee kuning
  • Tauge dan Sawi celur
  • Kerang – rebus dan ambil isinya
  • Telur rebus , daun sup dan daun bawang , boleh tambah daun pudina untuk
    rasa lebih segar
  • Bawang goreng dan limau kasturi
CARA PENYEDIAAN
  • Tumis bahan yang dikisar hingga garing dan naik bau. Masukkan rempah kari daging yang dibancuh dengan air, serta halia,lengkuas dan serai. Bila dah pecah minyak masukkan kaki ayam dan teruskan masak. Masukkan air rebusan udang dan biar ia mendidih. Kemudian masukkan santan dan biar hingga merenih. Masukkan fish ball dan udang. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Akhir sekali masukkan tauhu sponge goreng.
  • Kari ni di makan bersama mee kuning, kerang, telur, taburan bawang goreng,sawi, tauge dan hirisan daun sup dan daun bawang (saya lebih suka letak daun pudina sebab rasa lebih segar). Perahkan limau kasturi sebelum makan untuk menambah aroma yang segar

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN