Mee Jawa Perantauan

aneka resepi mee… patut korang cube! sodap…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Mee Jawa Perantauan

aneka resepi mee… patut korang cube! sodap…

BAHAN-BAHAN

  • 1 kg mee kuning – dicelur
  • 4 biji telur rebus
  • taugeh
  • 2 keping tauhu – potong dadu
  • daun bawang & daun sup – dihiris halus
  • cili api @ cili jeruk
  • lemon @ limau nipis
  • bawang goreng
  • *** utk kuah***
  • 500 gm ayam – dipotong kecil-kecil
  • 200 gm daging – dipotong kecil-kecil
  • 200 gm udang
  • 3 sudu besar udang kering – dikisar halus
  • 1 biji bawang besar – dikisar halus
  • 3 ulas bawang putih – dikisar halus
  • 1 cm halia – dikisar halus
  • 1 cm lengkuas – dikisar halus
  • 1 batang serai – dikisar halus
  • 500 gm ubi keledek – direbus dan dikisar halus
  • 3 sudu besar rempah kari daging
  • minyak utk menumis
  • 10-15 tangkai cili kering
  • 1/2 kiub ayam
  • garam & gula secukup rasa
  • air
CARA PENYEDIAAN
  • Kisar sehingga hancur bahan-bahan seperti udang kering, bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas, dan serai sekaligus sehingga.
  • Cili kering direndam dgn air panas dan dikisar halus.
  • Masukkan minyak ke dalam periuk dan tumis cili hingga garing. setelah garing, masukkan bahan2 yg telah dikisar dan ditumis sehingga naik bau.
  • Bancuh serbuk kari dgn air. Masukkan ke dalam periuk. Tumis sehingga naik minyak.
  • Masukkan ayam dan daging. Kacau dan masak sehingga ayam dan daging separuh empuk.
  • Masukkan ubi keledek yg telah dimesin. Masukkan juga air mengikut kepekatan yg disukai. Jangan terlalu pekat kerana mee jawa cepat terasa muak
  • Masukkan udang. Masak sehingga mendidih.
  • Akhir sekali, masukkan garam dan gula mengikut citarasa masing2.
  • Hidangkan mee, telur rebus, taugeh dan tauhu. Tabur bawang goreng dan hirisan daun sup & bawang.
  • Sedap dimakan ketika panas-panas bersama cili jeruk! nyam2…

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago