mee goreng sempoi

kesukaan mak..dan saya juga..huhu

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Asian

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

mee goreng sempoi

kesukaan mak..dan saya juga..huhu

BAHAN-BAHAN

  • 1 kg mee kuning
  • sayur kubis @ sawi – dipotong
  • 1 ketul tauhu putih – diramas
  • 3 sudu sos cili
  • 2 sudu sos tiram
  • 4 sudu besar cili kering (dikisar) – kalau suke pedas boleh tambah lagi.
  • 8 ulas bawang merah – dikisar
  • 4 ulas bawang putih – dikisar
  • sedikit ikan bilis – dikisar
  • kicap lemak manis – saya suka jenama jalen
  • 1 kiub pati ayam (OPT)
  • minyak masak untuk menumis
CARA PENYEDIAAN
  • panaskan minyak.masukkan tauhu yang telah diramas dan goreng hingga separuh masak. masuk kan bahan yang telah dikisar (bawang merah, bawang putih dan ikan bilis). biarkan sehingga sedikit garing dan naik bau.
  • kemudian masuk kan cili kering yang telah dikisar dan biarkan hingga masak dan pecah minyak. masuk kan kiub pati ayam.kemudian masuk kan sos cili dan sos tiram.masukkan sedikit air jika mahu. masuk kan kiub pati ayam.
  • kemudian boleh la masukkan sayur,mee dan kicap secukup nya..gaul sebati dan masak..boleh dihidangkan.. kalau suke mee yang sedikit kering boleh biarkan seketika.
  • ** masukkan sedikit gula jika gunakan kicap pekat atau kicap lemak masin.
    ** untuk hiasan, dadar telur nipis dan hiris halus2..taburkan diatas mee.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago