kesukaan mak..dan saya juga..huhu
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Asian
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
mee goreng sempoi
kesukaan mak..dan saya juga..huhu
BAHAN-BAHAN
- 1 kg mee kuning
- sayur kubis @ sawi – dipotong
- 1 ketul tauhu putih – diramas
- 3 sudu sos cili
- 2 sudu sos tiram
- 4 sudu besar cili kering (dikisar) – kalau suke pedas boleh tambah lagi.
- 8 ulas bawang merah – dikisar
- 4 ulas bawang putih – dikisar
- sedikit ikan bilis – dikisar
- kicap lemak manis – saya suka jenama jalen
- 1 kiub pati ayam (OPT)
- minyak masak untuk menumis
CARA PENYEDIAAN
- panaskan minyak.masukkan tauhu yang telah diramas dan goreng hingga separuh masak. masuk kan bahan yang telah dikisar (bawang merah, bawang putih dan ikan bilis). biarkan sehingga sedikit garing dan naik bau.
- kemudian masuk kan cili kering yang telah dikisar dan biarkan hingga masak dan pecah minyak. masuk kan kiub pati ayam.kemudian masuk kan sos cili dan sos tiram.masukkan sedikit air jika mahu. masuk kan kiub pati ayam.
- kemudian boleh la masukkan sayur,mee dan kicap secukup nya..gaul sebati dan masak..boleh dihidangkan.. kalau suke mee yang sedikit kering boleh biarkan seketika.
- ** masukkan sedikit gula jika gunakan kicap pekat atau kicap lemak masin.
** untuk hiasan, dadar telur nipis dan hiris halus2..taburkan diatas mee.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.