Diambil dari majalah “Recipes+”. Jangan dicari di mana pasta dalam gambar ini sebab pastanya tiada dan tidak letak. Hehehe…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Meatball & Pasta Soup

Diambil dari majalah “Recipes+”. Jangan dicari di mana pasta dalam gambar ini sebab pastanya tiada dan tidak letak. Hehehe…

BAHAN-BAHAN

  • Bebola Daging:
  • 500g daging cincang
  • 2 Weet-bix diramas (ganti dengan emping jagung diramas)
  • 1 biji telur, dipukul sedikit
  • 1/2 biji bawang besar – didadu kecil
  • 1/2 biji lobak merah – didadu kecil
  • 1 sudu besar sos Worcestershire(saya ganti dengan sos HP)
  • 1 sudu besar tomato/cili sos
  • Sup:
  • 1 liter stok ayam (1 liter air + 1 1/2 kiub ayam)
  • 1-2 sudu besar kicap soya pekat
  • 2 ulas bawang putih – dihiris
  • 250 g makaroni (atau apa-apa pasta sesuai)
  • 1 biji lobak merah – dihiris bulat
  • 1 biji zucchini – dihiris bulat (ganti dengan timun)
  • 1/2 biji lada benggala – didadu
  • Garam secukup rasa
  • Daun sup atau parsli untuk hiasan
CARA PENYEDIAAN
  • Sediakan bebola daging. Gaulkan semua bahan untuk bebola dalam sebiji mangkuk. Tambah garam dan serbuk lada untuk perasa.
  • Bentukkan bulat-bulat ikut saiz anda suka. Simpan dalam peti ais selama 20-30 minit supaya bentuk akan kekal.
  • Sediakan sup. Campurkan stok ayam, kicap soya pekat, dan bawang putih di dalam sebiji periuk. Hidupkan api. Tutup periuk, masak sebentar.
  • Tambahkan bebola dan pasta ke dalam periuk. Masak sehingga bebola dan pasta hampir masak.
  • Tambahkan semua sayur. Teruskan memasak hingga 3-4 minit. Siap, hidangkan. Taburkan daun sup atau parsli. Sedap dimakan panas.
  • Disebabkan tiada pasta dalam stok, saya hidangkan bebola sup ni bersama bubur nasi. Kalau bebola terlebih, boleh simpan separuh dalam pembeku dan masak lain kali.
  • Bebola juga boleh digoreng. Caranya sediakan bebola seperti di atas. Kemudian, salut dengan telur dan gaulkan dengan serbuk roti dan goreng.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN