*-*Masalodeh*-*

Resepi dari arwah emak…rangup dan tidak padat.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

*-*Masalodeh*-*

Resepi dari arwah emak…rangup dan tidak padat.

BAHAN-BAHAN

  • 1 1/2 cawan kacang dal
  • 1 biji cili merah
  • 2 cubit jintan halus
  • 1 biji bawang besar
  • 2 tangkai daun kari
  • 2 sudu makan tepung gandum
  • garam secukup rasa
  • sejemput ikan bilis (ditumbuk)
  • minyak untuk menggoreng
CARA PENYEDIAAN
  • Rendamkan kacang dal selama 3 @ 4 jam. Tinggalkan segengam untuk yang kasar…dan selebihnya diblend halus bersama sedikit air.
  • Selepas diblend tapiskan airnya. Masukkan ke dalam mangkuk satukan bersama kacang dal yang kasar tadi.
  • Semasa airnya di tapis…heningkan airnya kerana terdapat kanji di dasarnya. Buang air dan kanjinya di satukan ke dalam kacang dal tadi.
  • Hiriskan cili merah dan bawang besar satukan kesemua bahan2 yang lain…macam buat cekodok.
  • Panaskan minyak dan adunan dikepal leper menggunakan tangan.
    (Sekiranya nampak berderai di dalam minyak…tambahkan sedikit lagi tepung gandum)
  • Pastikan api sederhana sahaja.
  • Selamat mencuba

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago